Cari Blog Ini

Isnin, 28 April 2014

Catatan Si Pendosa..

بسم الله ارحمن رحيم 
أسلام عليكم 

~Segala puji bagi Allah, tuhan sekaliam alam, yang di mana hatiku ini dan hati insan lain dibawah genggamaNya. Tiada tuhan melainkan Allah, dan nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Saiyidina Maulana Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda, para sahabah dan semua umat islam yang diredhai oleh Allah.

~Tap tup tap tup.. keyboard sudah dipalu. Beerti entri ini masuk dengan satu tujuan. Memberi pendidikan kepada mereka yang memerlukan pendidikan. Bukan untuk menjadi selebriti. Tapi hanya untuk memberi ingatan. Supaya ingatan ini masuk ke benak, lalu menjunam ke kalb aku sendiri terlebih dahulu. Memberi ingatan bahawa kita ini hanyalah hamba Allah yang fakir lagi daif. Tidak ada daya kekuatan kita melainkan dengan kekuatan Allah juga. Sebab itu, orang yang berilmu, akan merasakan bahawa dirinya kian tidak berilmu kerana memahami bahawa ilmu Allah sangat luas. Bijak pandai melayu mengatakan bahawa, "semakin berisi semakin menunduk, seperti resmi padi". Sebab itu melayu yang pandai-pandai, makin kurang berantakan, melihat dan berfikir sebelum bertindak.


~Isu yang hangat, bukannya sekadar hangat pada hari ini, tetapi sudah hangat sejak azali lagi. ISu tak puas hati, dendam, memang dah lama wujud. Sejak dari penciptaan Nabi Adam a.s. sehinggalah ke hari ini. Malah anak cucu kita memang akan hidup dalam zaman benci membenci. Selagi dunia belum kiamat, selagi itulah MISI IBLIS belum selesai untuk memporak peranda anak Adam. So, tak perlu dilema. Kuatkan hati dalam menempuh cercaan. Lindungi diri dan keluarga dari fitnah. Sediakan mereka untuk menghadapi dunia yang penuh kekejaman ini. Kerana, urusan manusia dekat dengan Allah, tetapi jalannya menyimpang dan menyukarkan untuk mencari redha Nya. Dan ingatlah, siapalah kita untuk menilai orang lain. Sebaik-baik pertimbangan itu adalah di neraca Mizan Allah jua.

~Sebagai contohnya, aku membantu orang untuk mendapatkan pekerjaan. Selepas itu, sebelum temuduga, aku menghubungi kenalan yang berada dalam agensi itu untuk meminta bantuan. Dan, puff!! orang yang aku tolong itu dapat kerja. Konsep biasa yang kita ketahui adalah, aku dalam cerita ini yang membantu orang untuk mendapatkan pekerjaan. Ya. memang tak disangkal. Yang kita lupa adalah, sesungguhnya rezeki itu sudah ditentukan Allah sejak azali lagi. Aku hanya perantaraan, tetapi sebaliknya memang sudah ketentuan Allah. Macam aku dalam dunia yang nyata, merupakan seorang guru. Memang inilah tugas yang Allah pilih untuk aku lakukan dalam dunia ini. Memang isteriku sekarang ini adalah watak isteriku di dunia. Dan selanjutnya-selanjutnya. Semua dah termasuk dalam ketentuan Allah s.w.t. Oleh itu, jika beroleh sesuatu yang baik, mestilah dilazimkan untuk kita untuk menyebut "Alhamdulillah" yang membawa maksud, "Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam". Alamak... jadi ustaz blog lah pulak. Tak pasal-pasal kena kritik kerana memandai dalam bab agama.

~Bukan memandai, ini adalah konsep menurut pandangan guru biasa macam aku. Bukan memandai, kerana sekadar ingin berkongsi. Kalau salah, tolonglah sangat-sangat perbetulkan. Jangan kritik yang menjatuhkan, tetapi berilah teguran. Dan kalau boleh, elakkan untuk bercakap mengenai aku dari belakang. Bukannya apa, nanti pahala amalan anda semua akan "melayang" kerana membuat umpatan. Sesekali itu, biarlah amalan kita kekal untuk diri sehinggalah pertemuan kita dengan Allah di Yaumul Mahsyar.

~Guru oo guru.. kesekian kalinya, aku mencari identiti dalam pekerjaan aku ini. Mana tak nya, terpaksa berhadapan dengan jiwa yang kosong yang membungkam setiap waktu. Hmm.. ingin dihempas rasa kekosongan ini. Supaya semua mendapat kebaikan dari jiwa yang bersih dan suci. Doa-doakan hatiku sentiasa dalam inayah Allah. Dan diampuni dosa-dosaku. Sekali lagi, aku memohon sejuta kemaafan kepada semua jika terdapat sekelumit dari setiap kata-kataku, perbuatanku mahupun hatiku dalam mengadakan "hubungan sesama manusia " ini. Bimbang, inilah dosa yang menghijabkan aku dari pandangan Allah.


Isnin, 21 April 2014

Malas....April 2014

بسم ألله ارحمن ارحيم 

~Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan Sekalian alam. Tuhan yang tiada duanya. Tuhan yang berdiri dengan sendirinya. Tidak memperanak dan diperanakan.

~Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Yang dirindui, yang dikasihi senantiasa. Kepada ahli keluarga baginda, dan seluruh para muslimin. Semoga Allah memberkati segala-galanya di dalam semua kehidupan kita. Insya Allah.

~April sudah menjelma. Semangat kian luntur. Apatah lagi dengan keadaan yang tidak begitu menyenangkan. Dugaan datang melanda, kiri dan kanan. Depan dan belakang. Bermula dari sekolah, hinggalah ke universiti. Semacam ada yang tidak kena sahaja. Bila diperhatiankan, setiap satunya pasti membuahkan hikmah. Namun, dalam mengharungi setiap dugaan ini, amatlah sukar bagi aku untuk menguntum bunga ketabahan. Kerana hatiku tidaklah seanjal itu untuk menerima segala dugaan.

~Barulah aku faham, mengapa sukarnya untuk menjadi tunjang kepada "pokok" besar di atas. Menjadi guru ini bukanlah tugas yang senang. Kalau semua sekolah melaksanakan dasar sekolah amanah, barulah cikgu-cikgu di luar sana mengerti bahawa tugas guru ini bukan senang.

~Semangat nak berblog pun dah luntur. Bermacam-macam pengalaman sudah dilalui dalam 4 bulan pertama dalam tahun 2014. Namun, belum juga ada sekelumit masa dan isu yang dapat aku kongsikan bersama semua. Masalah dengan sifat "malas" inilah yang membuat semua kerja jadi tak tentu.

~Berat saja tangan ini nak mengetuk keyboard ni..malas.. oo malas.. oo malas..


UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...