بسم الله ارحمن ارحيم
أسلام عليكم
~ Demam eg-tukar 2014 bermula..masa inilah kita mula bermuhasabah diri..
~Aduh sukar nya untuk mengunci IKHLAS di dalam hati. Sedangkan perjuangan mendidik anak bangsa ini memerlukan aku untuk sentiasa bersyukur kepada Allah senantiasa.
~Aduh.. sukarnya untuk menitip ketenangan di dalam hati ini. Sekian hari dunia membebani urusan akhirat aku sehinggsa sukar untuk menggapai kunci syurga.
~Aduh..aduh.. bagaimana ya nasib aku dalam kekelaman kehidupan ini? Mampukah aku bertahan dalam segenap hal. Sedangkan hati aku diuji dengan hebat sekali oleh Yang Maha Esa.
~Apakah setiap langkah aku berpahala seperti yang dijanjikan Allah? Atau aku melangkah dalam dosa yang tidak disangka-sangka.
~Kadang-kadang riak itu membunuh segenap pahala yang dijanakan. Merasakan cukup dengan ilmu sedangkan ilmu masih lagi sekelumit, jatuh ke bumi tidak tahu entah ke mana betahan.
~Kadang-kadang aku berasa takbur bila mana berada dalam kedudukan selesa. Jangan lupa, setiap yang aku lakukan akan dipertanggungjawabkan kepada Allah di Yaumul Mahsyar. Sehingga hal sekecil zarah akan dipersoalkan.
~Setiap tutur yang keluar dari lidah ini, pasti dipersoalkan, setiap tangan yang berayun pasti dipersoalkan dan setiap langkah pasti dipersoalkan. Persoalannya, adakah kita bersedia?
~Seorang sarjana Islam berkata, " Dunia dan akhirat ibarat bermadu. Dilebih seorang maka seorang lagi akan cemburu". Maksudnya, tak boleh terus menerus meninggalkan dunia kerana dengan dunia ini kita akan menjana modal untuk hari akhirat. Tak ada dunia, tiadalah pahala untuk dituai.
~Dunia diibaratkan dengan ladang tanaman, dan akhiratlah kita menuai hasil tanaman dunia kita.
~So, kalau ada rasa lemah dalam meneruskan perjalanan sebagai pendidik, haruslah segera kembali kepada tujuan asal kita berkhidmat sebagai seorang guru.
~Apa khabarnya kawan-kawan yang sudah mendapat berita gembira dengan berpindah dari Sarawak ke negeri masing-masing? Masih lagi merungut kepada Allah? Atau sudah gembira bersama sehingga lupa untuk bertemu Rabbul Izzah?
~Di mana janji untuk menjadi lebih takwa? Sudah ditunaikan? Atau sekadar lesu seiring dengan langkah kejayaan.
~ Demam eg-tukar sudah bermula.. Mulalah kedengaran suara-suara yang menyatakan hak-hak untuk berpindah.
~Memohon itu hak anda sebagai guru..kelulusan itu bukan urusan kita. Mintalah dengan Allah kerana Allah adalah pemilik tinta yang paling agung.
~Letakkan tawakal pada permulaan untuk memohon. Dan sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Mohon dan jangan merungut. Allah sentiasa bersama dengan orang yang bersabar.
~Kempen memboikot McDonald boleh pulak diikuti, inikan pula tak bersabar dengan tuntutan nak berpindah.
~Sama jugak kan???
~So, berkhidmat dengan lebih produktif. Tingkatkan mutu dalam perkhidmatan dan selamat berkhidmat.