Cari Blog Ini

Isnin, 18 Mei 2015

Masa untuk fikirkan semula halatuju kehidupan

أسلام عليكم 

SALAM SEJAHTERA

Orang kata, kalau hati dah terluka, pasti dapat diubati. Tapi, orang kata lagi, mencegah lebih baik dari merawati. Kalau dah tak minat, jangan paksa-paksa lagi. Mulalah berbelah bahagi. Nak teruskan atau nak berhenti sekerat jalan. Kalaulah berhenti, bagaimana hendak meneruskan legasi kehidupan. Sedangkan rezeki dipupuk disemai dengan air liur. Nah, fikirkan.. isthikarahlah.. mohon pertunjuk kepada semua permasalahan.

Semua makan gaji pun. Tapi bekerja dengan hati tak rela pun satu masalah. Orang mengata bagaikan dia tak pernah berdosa. Mahukah kita dicop sebagai makan gaji buta? Sedangkan kita kerja bagaikan nak gila. Pagi petang siang malam dikerah. Dengan pengkeranian, sukan, pencerapan, akademik, hal ehwal pelajar. Macam rasanya bagai-bagai tugas. Orang di SANA melalak bagai kerja puluhan jutaan. Tapi, hakikat satu tugas pun tak terhabis. Satu unit, satu jawatan. Kerja lain pula tak disentuh. Nah..bagaimana pula penggerak dasar macam kami?




Hati pun tak tenang. Pagi gerak sebening fajar. Belum muncul syuruk, sudah diatas jalan. Bergelumang dengan asap jalan. Tunggu giliran, tak juga sampai. Mula mengajar hati dah tak tenang. Asyik teringat, kerja yang tak padan. Aduhai..masa berjalan dengan pantas. Pulang-pulang, badan dah penat. Keringat dibadan kering sekering air dilukah. Pulang-pulang, hari dah senja. Anak isteri pulak, dibiar bergembira. Kita pulak tidur keletihan.

Benar kata pepatah, "kera dihutan disusukan, anak dirumah dibiarkan kelaparan". Anak-anak terbiar tanpa kasih sayang.Mengharap malam untuk bersua. Rupanya malam, anak tidur pula. Orang boleh kata, sabtu ahad kan ada? sabtu ahad, aktiviti tak sudah. Apatah lagi dengan sosial dengan masyarakat. Entah-entah, jenazah kita pun tak ada orang nak urus. Kerana sombong tak bertemu dengan masyarakat katanya. Alahai.. malangnya nasib kita yang makan gaji.

Bila mengeluh, mulalah melatah. Kata kerja guru, semuanya senang. Cuti sekolah, guru ikut cuti. Tapi hakikat, sekolah yang cuti, kerjanya tak cuti. kalau bercuti, alamatnya dikejar sampai kelubang cacing. Fikirkan sejenak. Semakin hari-hari, semakin jauh kita menatap kitab al-Quran. Nak baca pagi, takut jalan sesak. Nak baca maghrib, tugasan keluarga pulak diutamakan. Nak baca malam, kertas ujian, latihan pulak nak disemak. Nak bangun tahajud apatah lagi. Lainlah orang mengharapkan bini baru lagi. Baru nak tahajud, mintak tambah rezeki.

Sekarang fikirkan lagi. "9/10 dari harta dunia datang dari perniagaan" (Muhammad, Rasulullah s.a.w). Kalau nak cari rezeki lebih, silalah berusaha lebih. Kalau dah berusaha, kenalah buat satu kerja sahaja. Yang makan gaji, tinggal-tinggalkan. Berfikir jugak.........panjang.......panjang.....panjang

KOMITMEN.. itu yang membunuh fikiran panjang kita. Buat basic yang kukuh dulu. Baru fikir lagi.. Apa-apa pun, perancangan yang baik itu umpama buah yang masak ranum. Gugur ke bumi, dan bijinya bercambah semula menjadi pokok yang baharu.

Ingat, Firman Allah mengatasi segalanya.. ilmu kita cetek dan tidak sempurna. Kalau kita boleh berdiri dengan kudrat Allah, boleh juga Allah tarik nikmat kaki dengan menjadikan kita lumpuh hingga menjadi orang melata. JAGA KATA-KATA, KERANA MULUT BADAN BINASA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...