أسلام عليكم
Allahuakbar.. ramadhan telah datang lagi menjenguk kita yang telah bergelumang dengan seribu satu noda. Membawa harapan pengampunan. Memberi jalan kafarah kepada kita, menyatukan hati-hati yang telah lama terpisah.Semga Ramadhan ini, memberikan kita seribu satu kelebihan dalam menjalani kehidupan kita sebagai Hamba Allah.Oh..idea mencurah tapi menghilang tatkala tangan mula menyentuh keyboard..adakah ini petanda kehilangan bakat yang tidak terpendam? Baru aku memahami, mengapa "orang" boleh berblog di pedalaman.. haa.. sebab banyak masa boleh diambil ketika mana tidak terlibat dengan aktiviti seperti sesak dalam perjalanan, tersekat, tersangkut di jalan raya, terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum dan akademik, tak perlu menggunakan kereta sebagai medium pengangkutan. Dan disebabkan itu, banyak manfaat dari segi kuantiti dan kualiti masa. Kalau kita di bandar, memang seringkali mengambil alasan perjalanan panjang sebagai alasan untuk tidak siap kerja. Allah..
Payah jugak nak setting masa bila mana berdepan dengan kesemptan masa. Aduh.. kerja bermula pada jam 7.00 pagi berakhir pada 2.00 petang. Ambiklah masa untuk perjalanan pergi balik yang "clear" takdak jammed dalam 30 minit. Tapi takdak jammed itu adalah "nikmat" yang jarang sekali berlaku dalam musim persekolahan. Paling cepat dalam musim ini adalah dalam 45 minit. bergerak dari rumah seawal 5.40 pagi. Sampai sekolah dan 6.30 pagi. Masuk kelas (sebab guru tingkatan) jam 6.45 pagi. Lepas tu mengajar sehingga jam 1.20 petang. dibenarkan balik cuma pada jam 2.00 petang. tak tambah lagi taklimat atau aktiviti luar biasa seperti CPD, PLC, ....(**^*&%^&*$%^. Beban... masa memang terbuang untuk menjadi pelajar sebaga manusia. Aduhai.. Menrungut lagi.. bukan..ini adalah untuk mebanding beza sahaja. Merungut nanti rezeki jadi tak berkat. Buat dan terus buat sehingga bersara okeh!!
Terbabit lagi dengan permasahan masa. Rugi kalau tak enjoy kehidupan di pedalaman. Cuma itulah masa yang senggang yang kita akan dapat dalam bidang perguruan ini. Di Long Busang dulu, memang selalu jugak keluar untuk beriadah di sungai. Sekarang, sabtu pun dah kena buat aktiviti kerja lain. Duit pun kena keluar jugak bila nak ke bandar, di sini hari-hari keluar duit untuk bayar tol, minyak, dan sebagainya yang remeh. Sama sahaja, bezanya dalam kuantiti banyak dan sedikit tetapi kerap. Enjoylah selama mana kita di sana. syukuri segala rahmat kesenangan dan keluangan masa. Gunakan masa di pedalaman untuk mendidik anak-anak bangsa Malaysia dengan dedikasi. Jangan baru kerja sebulan dua bulan dah tunjuk orang macam kami bagaimana mana nak hidup di pedalaman. Alahai.. kami dah merasai pengalaman tersebut. Tapi pengalaman kami tak pula tersiar di dada akhbar.. sebab kami ini ORANG TEMPATAN je Kot..
Banyak lagi guru dalam kesusahan. tapi semangat mereka sangat berkobar-kobar. Bak istilah orang lama, "penyapu baru". Tapi, dah lama-lama nanti, tak dapat pindah, mula buat perangai di sekolah. Balik dari cuti lambat, selalu tak ada di kelas. Bagi kerja lepas itu hilang, ponteng mengajar, tak siap RPH. tapi, bab komplen PPD, depalah NO.1 bro.. haha.. dah biasa dah. Guru Besar memang jadi tempat meluahkan kemarahan tak dapat pindah. PPD memang asyik kena seranah. Alahai.... indah khabar dari rupa. Tapi, tak semua begitu. ada yang konsisten. Sebab, yang pasti, guru itu manusia. Dan manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan. Haa.. kau ambiklah ayat ni terus. Janga ambik setengah untuk dijadikan catatan ini betul.
Sikap orang kita ini suka menVIRAL..alahai.. tak takut dosa ke? Kalau betul yang kita buat jadi dosa mengumpat. kalau salah, jadi FITNAH. Dua-dua salah. Tak takut ke?
Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, mari kita menguatkan lagi kasih sayang kita kepada semua makhluk Allah dengan mengamalkan bermaaf-maafan. Akhiru kalam.. wassalam