أسلام عليكم
Salam maal hijrah 1437 diucapkan kepada semua umat Islam di seantero dunia. Penghijrahan nabi s.a.w membawa kepada faktor penyebaran agama Islam secara meluas sehingga ke hari ini. Empayar Islam didirikan sangat luas dengan kepelbagaian sosio-ekonomi yang telah menyebabkan berlakunya khilaf di antara kita sesama Islam untuk berfikir. Jadi, tiada yang sesat melainkan kita sendiri memilih kepada kesesatan. Ulama muktabar dah berkata, kita melaksanakan. Kita siapa jika hendak dibandingkan dengan hujjatul Islam? So, selagi kita punya ilmu tiada asas yang mantap, jangan dok sibuk nak mengkafirkan orang. Jadikan perpaduan sebagai alat memacu kepada perkembangan ekonomi. Ibadat itu masing-masing. Kalau nak share, share. Kalau orang tak nak ikut, terpulanglah. Allah sahaja Yang Maha Mengadili segala perbuatan manusia.
Kesempatan pada hari ini digunakan dengan sebaiknya. Hari ini, 19 Oktober 2015, sekolah-sekolah yang berada di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau, Samarahan dan Kuching telah diumumkan untuk bercuti disebabkan oleh faktor jerebu yang tidak sihat di kawasan yang terbabit. Aku ambil masa ini untuk mula mengetuk papan kekunci untuk memberikan inspirasi kepada semua pembaca. Seperti selalu, tak minat membaca, sila keluar dari blog ini.
7 tahun dalam bidang pendidikan masih dikira fresh lagi. Aku sendiri kurang memahami kehendak hati bila mana sudah berada di halaman sendiri. Dulu, waktu di perantauan, aku banyak menceduk ilmu dan pengalaman untuk bekalan di halaman sendiri. Rasanya amat pelik dan janggal untuk berada di halaman sendiri berbanding 7 tahun lepas. Lagi seronok untuk mengajar di tempat orang. Tahulah orang lain. Perit yang ditanggung, rupanya terselindung hikmah yang agung.
Dengan keadaan pendidikan yang jauh berbeza dari pedalaman, di bandar memerlukan banyak lagi kudrat dari segi pemikiran, dan fizikal. Kalau di pedalaman, kesukaran yang dialami macam perjalanan yang jauh, berjauhan pula dengan tersayang, jauh dari perkhidmatan asas, dan pelbagai jenis hal menjadikan ianya sebagai satu pakej untuk meneruskan wardah perjuangan mengajar anak bangsa. Bangsa di pedalaman, sudah semestinya asing bagi kita, tapi mereka sangat mengalu-alukan kita (guru). hal demikian, kerana kesanggupan kita untuk mengharungi hutan belantara demi mendidik anak-anak ini. (walaupun kita seringkali merengek, merengus, merepek dan macam-macam meeememememe...).
Anak-anak di pedalaman, tidak mempunyai jaringan akses sosial seperti di bandar, dan masih suci untuk diberikan perubahan yang membawakan kepada kejayaan kepada mereka. Benarlah kata mantan guru Besar aku sewaktu di sebuah sekolah pedalaman dahulu, " sepatutnya, pelajar di pedalaman akan lebih cemerlang kerana kebanyakkan sekolah di pedalaman adalah asrama. Guru-guru tak dibebani dengan kesesakan trafik dan sebagainya. Masa lebih banyak terluang berbanding dengan guru di bandar. tapi, mengapa seringkali pelajar di luar bandar/pedalaman yang paling kurang menonjol?"
Persoalan ini akan membawa kepada keberkesanan guru pedalaman dalam memberikan pendidikan kepada pelajar. Dihujung perbincangan yang membosankan ini, akhirnya, kita akan membawa kepada satu kesimpulan, "jangan samakan pelajar bandar dengan luar bandar. sosio ekonomi berbeza dan makanan pun berbeza".. pergh.. jangan hampiri pertengkaran yang sia-sia.
Bukti anak-anak murid pedalaman yang berjaya, seperti SK Ulu Lubai, Lawas.. macam di Baram, SK Long Pelutan.. hampir kesemua pelajarnya adalah anak orang Penan. Tapi, dengan kaedah dan cara Guru Besar nya, sekolah itu sentiasa mengekalkan kuantiti dan kualiti pelajar cemrelang saban tahun. Nah, apa lagi alasan kita sebenarnya? Semua bergantung kepada diri sendiri. Niat kita.
Aku teringat lagi dengan seorang pelajar di SK Long Sepiling. Larry Lihan nama diberi. Masuk ke sekolah tersebut pada tahun 2010 dalam darjah 5. Berpindah dari sebuah sekolah di bandar Miri. Dalam keadaan, membaca dan menulis dalam keadaan yang sangat "0". Aku mula mengajar Larry dalam tahun 2011. Mengajar Sains. 4 orang dalam sebuah kelas darjah 6. Larry ini satu-satunya pelajar lelaki dalam kelas darjah 6 ini. Pada permulaan sekolah 2011, semua guru yang mengajar anak muda ini, mengatakan bahawa Larry macam tak ada harapan nak lulus. Tapi, aku dan isteri kebetulan mengajar sama di sekolah tersebut dan mengajar darjah 6, sentiasa berfikiran positif dengan mengatakan bahawa dia pasti akan lulus subjek-subjek dalam UPSR. Aku ingat lagi, bagaimana sukarnya mengajar pelajar yang baru merangkak membaca.
Larry sangat meminati subjek MATEMATIK dan sentiasa mendapatkan markah yang terbaik dari subjek ini. Tapi dari segi bahasa, Larry sangat lemah dan selalu membaca buku dengan nyaring bagi memudahkan dia memahami. Satu hal lagi, Larry sukar berbahasa Melayu dengan fasih. Aku merancang dengan isteri aku untuk memberikan dia peluang sekurang-kurangnya lulus dalam subjek SAINS dan BAHASA INGGERIS. Aku merangka strategi. Ajak tidur di rumah. Buatkan makanan yang sedap. Dan, ini menarik minat Larry untuk berusaha belajar. Malangnya, pada bulan Jun, aku telah menerima satu surat perpindahan ke Pejabat Pelajaran Baram dan usaha aku terhenti. Tapi usaha isteri aku tidak terhenti. Isteri aku berada di sana sehingga bulan 8 sebelum bercuti bersalin.
Pupp.. UPSR keluar, Larry dapat C untuk Sains.. malangnya lagi, Bahasa Inggeris dapat E. Sekurang-kurangnya, kita bantu dia dahulu. Barulah kita boleh kata, apa kekurangannya. Murid ini, walau tak dikurniakan kepandaian, tapi bila berjumpa dengan aku dan isteri di Marudi, salam siap cium tangan. Nah, apa lagi alasan kita dalam mendidik pelajar kita?
Aku sekarang tercari-cari rentak aku pada waktu menjadi guru permulaan dahulu... Sukar, tapi akan aku usahakan demi memberikan "nilai manusia" dalam diri pelajar yang aku ajari. Cerita Larry ini sekadar pendorong kepada aku untuk terus berkecimpung dalam bidang keguruan ini. Ini hanyalah sebahagian dari cerita guru-guru yang sentiasa berusaha dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada msayarakat walaupun dicemuh saban hari. JAngan terus mengecop pelajar tidak dapat, tak akan capai.. tapi usahakan dahulu. Selebihnya, serahkan kepada Allah untuk menentukan usaha kita.
~Man Jadda, wa JAdda~