اسلام عليكم
~Kadangkadang kita merasakan kita telah membuat keputusan yang terbaik tanpa merujuk kepada Allah. Namun hakikatnya, kita tidak pernah melakukan yang terbaik tanpa "isthikarah" dari Allah. Petunjuk Allah nyata lebih kuat berbanding dengan monolog hati.
~Kita lupa, siapa yang menciptakan hati manusia. Lantaran itu, kita pasti tersilap langkah dalam membuat keputusan. Apa-apa pun, apa sahaja keputusan kita, kita harus menerima kesannya. Sebab semuanya juga adalah ketentuan Allah.
~Niat untuk membuat kebaikan dijalan Allah, pasti Allah akan hadirkan 70 pintu kebaikan yang menurutinya. Jangan persoal apa kebaikan yang bakal diberi, namun usahakan sesuatu dengan kesungguhan dengan mengharapkan keredhaan Allah. Jangan culas berbakti walaupun kadang-kadang usaha kita dipandang serong oleh manusia. Pandanglah manusia dengan penuh kasih sayang. Taburkan benih kasih sayang. Jagalah perhubungan kita dengan Allah. Supaya hubungan kita dengan manusia turut mendapat kesan yang positiF.
~Allah juga menegur kita dalam setiap perilaku kita. Benda yang baik di mata kita, kadang-kadang sebenarnya tidaklah baik pada pandangan Allah. Begitu juga dengan benda yang buruk pada pandangan kita, boleh jadi sebenarnya sangat baik untuk kita. Penilaian kita amatlah daif. Kita tidaklah sehebat mana menilai. Sebab itu, kita digalakkan berfikir dan memanjangkan munajat kepada Allah.
~Adakalanya kita berasa mendapat petunjuk dari Allah. Kita menguatkan hati kerana merasakan kita benar-benar sudah yakin dengan pilihan dari Allah. Kalau kita tersalah pilih, masih lagi ada jalan pulang. Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Akui kesalahan kita. Luahkan kekesalan kita. Gapailah keredhaan Nya.
~Hati bermonolog, akal ligat berputar.. kalau bukan kerana asam garam kehidupan, sudah pasti berat tangan mengetuk papan kekunci. Sukar untuk memotivasikan diri kalau hidup sentiasa aman dan damai. Hingga kadang-kadang hanyut dibawa arus permainan dunia. Leka..kekeringan idea untuk mencoretkan kata-kata. Inilah dikatakan inspirasi. Datang dengan angin taufan, badai terkesan, cinta termampan.
~Allah hadirkan bidadari dunia tanpa kita sedari. Seseorang yang sentiasa ada disisi. Menemani kita dalam susah dan senang. Hidup bersama meniti kebahagiaan. Yang pastinya adalah untuk mendapat rahmat Tuhan Yang Esa. Dialah yang sentiasa memberikan harapan dan sanjungan. Dikala orang mengata, dia menepisnya dengan selamba. Dikala orang menolak, dialah yang bakal menyambut dengan belaian kasih sayangnya. Hadirnya dipinang, dari orang tuanya. Untuk dijaga ke akhirat jua.
~Dialah sang isteri yang setia. mencurahkan kasih sayang tanpa apa-apa balasan. Memberikan cinta tidak terkira. Senyumnya dalam tangisan tanpa kita sedari. Raihlah cintanya. Dialah kurniaan Allah untukmu di dunia. Semoga kita bertemu semula di syurga. Untuk ke syurga, sama-samalah kita mencari redha Nya.
~Gila dan absurd orang yang ditolak tak kecewa. Tapi, baliklah semula kepada ketentuan. Allah jua yang Maha Mengetahui segala tujuan. Sehingga disedarkan, "Dialah yang menurunkan semangat tenteram dikalangan hati orang yang beriman.." Sesuai dengan penurunan ayatnya berkaitan dengan perjanjian Hudaibiyah. Pandanglah ke langit, bicaralah.. Allah lebih tahu.. dan semuanya dalam genggaman pengetahuan Nya jua.. Maha Suci Allah..
~Inilah episod dalam kehidupan. Hati bermonolog tanda pengharapan. Diharapkan sentiasa dalam ketetapan. Tidak akan keluar sedikit kekesalan. Biarlah hidup dipandang hina. Janganlah diri dihina Allah.
~Berakhirlah kisah sandiwara dunia. Tutupilah dengan kiasan cinta. Semoga Allah merahmati dan mengurniakan ketenangan. Di dunia dan akhirat. Amin..