Cari Blog Ini

Jumaat, 14 Jun 2019

PESAN UNTUK RAKAN-RAKAN YANG BERJAUHAN

~أسلام عليكم 

~Sesungguhnya, tahun 2019 ini memang menjadi cabaran yang untuk kembali menulis di dalam blog. Ya, kesukaran demi kesukaran ditambah lagi dengan usia yang kian bertambah menyebabkan agak sukar untuk mencoretkan kata-kata di dalam blog ini. Adakalanya, idea berlambak, tetapi keterbatasan masa menyebabkan sukar untuk duduk lama di depan komputer riba. Adakalanya dah boleh bersuka-suka dengan laptop, tetapi idea pulak sukar nak diterjemah. Dalam erti kata lain, otak tepu. Maka benarlah, di setiap tempat kita berkhidmat ini, ada juga baik dan buruknya. Yang penting, bagaimana kita menukarkan rutin harian kita kepada ibadah kepada Allah s.w.t

~Dahulu, ketika berada di pedalaman, sering kali kita mengeluh dengan keluh kesah yang paling maksima. Sehingga, terkadang kita menyalahkan takdir atas urusan terus berkhidmat bukan kepada komuniti kita. Namun, kadang-kadang kita lupa, sebenarnya, keluhan kita ini sudah pastinya di dengar kerana Allah itu Maha Mendengar. Cuma, Allah terus menguji kita sama ada kita akan terus beristiqamah. Kerasnya hati kita sehingga susah hendak menerima kenyataan bahawa rezeki Allah itu sangat luas. Keluhan demi keluhan, sehingga kita terlalu sensitif dengan isu-isu perpindahan. Nasihat orang pun dah kita anggap sebagai ancaman. Sehingga kita ingin orang lain merasa keperitan yang kita alami sepanjang berada di stesen pedalaman kita.




~Ketahuilah, rezeki Allah itu datang dalam bentuk yang berlainan untuk berlainan makhluk dan sentiasa Maha Adil dalam pembahagian rezeki. Semuannya adalah untuk menentukan siapa yang paling bermutu imannya di sisi Allah. Ujian berjauhan ini memang sukar bagi kita dan pasangan dan adakalanya ianya boleh membunuh jiwa kita tanpa kita sedari. Ujian berjauhan ini sering berlegar di dalam ingatan kita dan boleh menyebabkan hati kita sentiasa sendu dan gundah gulana. Namun, percayalah, setelah kita berjaya berpindah dari stesen kita sekarang dan berada berdekatan dengan yang tersayang, pastinya kita akan merindui saat-saat kita bersimpuh mengharapkan kasih Allah pada kita. Saat-saat kita menghina diri kita dan mengakui bahawa kita lemah tanpa bantuan-Nya. Saat-saat kita menujukan doa, agar yang perpindahan kita direstui dan dimakbulkanNya.

~Teruskan usaha kita dalam rahmat Allah. Kuatkan langkah kita dalam mencari mardhotillah yakni keredhaan Nya.. teruskan luruskan hati dalam mengharapkan keampunannya dan teruskan sendu tangisan kita mengharap doa kita dimakbulkan. Kerana, setelah berjaya kelak, sudah pasti, tangisan itu RASANYA SUDAH TIDAK SAMA. Kerana situasinya sudah tampak berbeza.

~Berjauhan dengan yang tersayang mengajar kita banyak pekara. Berjauhan mengajar kita menghargai yang tersayang. Yang dulunya, sukar kita mengertikan cinta. Berjauhan mengajar kita erti kesabaran dalam menagih kasih keluarga. Berjauhan mengajar kita erti rindu. Berjauhan mengajar kita erti persaudaraan. Hargailah masa berjauhan, gunakan kesempatan bila bersama dengan tersayang. Cinta kasih tak akan pudar bila berjauhan. Bahkan ianya umpama air terisi di dalam bekas yang kosong, yang senantiasa mengalir dan melimpahi di kanan dan kiri lantaran kerinduan yang sukar diungkap.

~Ya.. kami tidak berada di dalam kasut lain untuk merasai kesedihan yang kalian hadapi. Tapi, kami PERNAH berada dalam situasi yang sama. Namun, kami kongsikan pengalaman kami untuk tatapan kalian, agar terus berjuang dengan istiqamah. Semoga guru-guru yang berjauhan ini sentiada dalam redha Allah, dipermudahkan urusan kalian dunia dan akhirat, selagi mana berkorban jiwa dan raga untuk bangsa yang tercinta ini. Terima kasih rakan-rakan Cikgu yang berkhidmat di pedalaman. Semoga beroleh keputusan pindah pada pertukaran akan datang, Berusahalah dan jangan sesekali menyalahkan takdir, kerana Allah tahu apa kemampuan kamu.

~Dikesempatan ini, aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun maaf di atas kesalahan, ketelanjuran kata-kata yang mengguris jiwa sanak saudara. Aku cuma manusia yang sentiasa khilaf dalam setiap tindak tanduk, dan kata-kataku. Doakan perjalanan kita mendatang akan disirami maghfirah Allah, dilazimi dengan pahala yang berpanjangan. Selamat Hari Raya aidilfitri,





UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...