Bandingan petunjuk dan ilmu yang diutuskan kepadaku
ialah seperti hujan yang menimpa bumi. Maka sebahagian daripada bumi itu ada
tanah yang subur menyerap air lalu menumbuhkan rumput dan tanaman lain yang
banyak. Dan terdapat sebahagian daripadanya tanah yang keras yang tidak
menyerap tetapi menakung air. Allah SWT menjadikannya juga bermanfaat kepada
manusia lalu mereka minum, memberi minum dan menyiram tanaman dengannya. Dan
terdapat pula sebahagian daripadanya tanah yang keras dan rata yang tidak menakung
air dan tidak menumbuhkan tanaman.
Itulah bandingan orang yang memahami agama Allah
SWT dan mengambil manfaat daripada ajaran yang diutuskan kepadaku lalu dia
belajar dan mengajar. Dan juga bandingan orang yang tidak menghiraukan langsung
(ilmu yang aku sampaikan itu) serta tidak mahu pula menerima petunjuk yang aku
diutuskan membawanya.”
Riwayat Bukhari (79) dan Muslim (2282)
1. Begitulah bandingan mereka yang berbuat buat terhadap
guru dan beradab kepada ilmu yang telah diberikan kepada mereka. Salah satu
dari contoh ilmu yang bermanfaat bagi mereka yang benar-benar memahami.
2.
Islam mengajar kita untuk mentaati guru selagi mana guru mendidik kita ke
arah jalan yang benar. Oleh itu, amat rugi sekali bagi mereka yang telah diberi
didikan yang baik, namun tidak mampu untuk meneladani kebaikan yang telah
ditunjukkan oleh guru kepada kita.
3.
Banyak kali juga ‘benak’ atau ‘ombak jahil’ datang dalam hidup. Kadang-kadang
kecewa, kadang rasa hendak putus asa. Bahkan kadang-kadang rasa ingin mengalah
dalam perjuangan.
4.
Berat tanggungjawab dan amanah yang hendak dipikul. Bukan sekadar ‘bersuka
ria’ dengan jawatan, tetapi bila hendak dikerah untuk melaksanakan
tanggungjawab, semua beri alasan.
5.
Berkali-kali ditegur, berkali-kali diajak. Berkali-kali diberi peluang,
tetapi, bila ADAB KEPADA GURU tiada, beginilah jadinya. Ibarat, ‘hidung tak
mancung, pipi tersorong-sorong’ guru dibuatnya.
6.
Kecewa.. namun apakan daya. Tak semua orang seperti kita katanya. Tapi,
memang gagal dalam menyantuni guru. Gagal.. dan terus gagal. Jangan pula, bila
guru tiada, masa itulah mengaku bagai. “itu guru aku.. dia cikgu aku..”. Dah
mati pun. Tinggal ajaran jak lagi. Jasad dah berpisah dari roh. Tiada lagi pun
nasihat secara fizikal. Semuanya.. auta. Sirna oleh detik kematian.
7.
Aku rasa, aku dah usaha yang terbaik untuk bantu semua anak-anak murid
persilatan untuk mendapat ilmu gayong. Bukan ambil laba sorang-sorang. Kalau
ambil ilmu, aku bawa berteman. Bukan apa, ilmu baik, kita kongsikan. Bukan buat
private. Lepas tu, minta duit berjela-jela. Kursus sana sini.
8.
Aku bantu hadirkan guru-guru yang terbaik, bantu anak-anak gelanggang. Dari
habiskan duit ke seberang, jemput guru untuk semua orang. Bayaran kita
tong-tong. Sikit sorang, janji guru selesa, makan minum terjaga. Ilmu juga
dapat diberikan dengan tenang tanpa rasa berhutang.
9.
Boleh saja jika aku hendak gunakan duit sendiri ke seberang. Belajar sorang-sorang.
Kutip ilmu dengan tenang. Balik-balik saja, terus buat ‘kursus terbang’. Jadikan
ilmu sebagai bisnes. Tapi, amanah membatasi gerak geri. Ya.. amanah!! Jika bukan
kerana amanah, sudah pasti aku buat sorang-sorang. Boleh juga dibuatkan modal
dalam mencari harta dunia. Itu kalau aku tamak dan haloba.
10.
ADMAR ajar.. “Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat
setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh
diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu”
11.
“tiang” merujuk kepada satu sistem yang mengukuhkan bangunan dan dalam
konteks mempelajari ilmu persilatan, “tiang” juga merujuk kepada pendirian
dalam diri. Oleh itu, penting untuk setia dan taat kepada guru selagi mana
tidak melanggar syara’.
12.
Namun, yang menjadi satu persoalan, jika guru membawa jalan kepada sulur
ilmu, mahukah murid menerimanya dengan baik? Jawapannya bergantung kepada murid
itu sendiri. Niat pada permulaan itu penting. Mengapa hendak memilih untuk
berada pada jalan Silat Gayong? Adakah berkehendak kepada jawatan, sandang atau
apa-apa sahaja? Maka perbetulkan balik sebab di sini tiada jalannya. Kalau berhajat
ilmu, di sinilah jalannya. Insya Allah.. tapi jalannya ‘sangat panjang’ dan
meletihkan. Wujudnya ‘asam dan garam’ dalam perlimau sintuk tapak menjadikan
satu simbolik kepada betapa ‘masamnya dan masinnya perjuangan dalam gayong’.
Masin tu yang tak tahan, siap datang penyakit darah tinggi / high blood
pressure. Mana tak, dengan pelbagai pe’el dan karenah baka kau hadap dalam
pertubuhan ini. ‘Bersirap darah pendekar’ lah bagai.. tapi, bila dihumban
MASALAH, mudah betul kau mengalah.
13.
Zaman sekarang, bukan murid bertanya untuk kemudahan guru. Dulu elok jak
adabnya. Guru datang sekolah, siap tunggu guru untuk angkat barang. Pada masa
kini, kau hadaplah. Guru pula terkejar sana sini mintak bantuan. Allahu..
beginilah kehidupan. Nak mintak bantuan pun terpaksa menebal muka, menebal jari
dan emosi. Malu.. tapi apakan daya. Kau tak mampu nak bekerja sendirian.
14. Kalau kita bincang aspek KESIBUKKAN dalam hidup. Mari aku
bagi bandingan yang nyata lagi berbeza. 2 isteri. 6 anak. Kedua-dua ibu bapa
yang sangat memerlukan kau. Kerjaya sebagai guru. Kewangan yang tidak menentu
dan dalam menuju kestabilan disebabkan faktor dapur yang ‘besar’. Dalam ujian
untuk menghabiskan phD, assignment bertimbun. Kerja sekolah yang tidak pernah
lekang. Kerja pengkeranian di sekolah bukan sekadar atas talian, luar talian
lagi. Kursus-kursus atas talian. ‘Kerja cari masalah – urus pertubuhan lagi’.
Oh! Kadang-kadang terasa hendak mengalah. Nasiblah punyai 1 ratu hati, 2
permaisuri yang sangat memahami konteks kerja. Emak oo emak.. di situlah
kekuatan yang tidak ada pada yang lainnya.
15.
Ya, kita sendiri mencari masalah. Tapi, dah nama berpeSATUan, masakan kita
tidak dapat luang sedikit dari beratus ribu saat dalam kehidupan kita untuk
bantu sekadar termampu? Mahal sangatkah keringat kita sehingga guru sendiri mencemar
duli bertanya bantuan. Sesungguhnya, bantuan yang benar juga datang dari Allah.
Namun, aku pasti malu jika tidak mampu menyantuni guru-guruku dan juga
tetamuku. Itu yang pasti.
16.
Berpeganglah pada prinsip, “mudahkan urusan insan lain, Allah akan
permudahkan urusan kita”.
17.
Bagi aku, bila guru dah mula bersuara mohon bantuan, bermaksud kita telah
menjadikan ilmu jadi tak berkat. Mula dah goyah pada perpaduan. Mula dah
berantakan identiti. Tak mampu untuk bersatu dalam kekuatan. Maka tunggulah
saatnya dan ketika kita pula diuji dengan ujian serupa.
18.
Bila guru terpaksa “meletakkan maruahnya” di tapak kakinya semata-mata hendak
bantuan. Allahu.. guru oo guru. Tak perlu engkau merendahkan maruah mu sehingga
ke dasar ‘benak’. Ingatlah, Allah sebenarnya mengujimu. Memintamu mencari jalan
keluar hanya dengan bantuan Allah swt.
19.
Jika anak-anak didikmu tidak membantu, beerti, Allah mencari ruang untuk
kau kembali kepada Nya.
20. Namun tahniah kepada guru yang sentiasa merendah diri.
Walaupun murid akan ‘sombong’ disebabkan bantuan yang diberikan, menjadi mereka
naik kepala, menjadi ‘keras hatinya’ lantaran bantuan diberikan, bahkan
menjadikan mereka lebih ‘makrifat’.... namun, yang pasti.. ilmu anak-anak didikmu..
TAWAR. Mesti tak menjadi.
21.
Sekali lagi namun, fikir balik.. bagaimana pula kita menyantuni guru kita?
Murid kita cerminan kita. So, berbaik sangkalah kepada Allah sentiasa.
22. Apa-apa pun, teruskan bersemangat!! Jalankan amanah
dengan apa yang tersisa. Biar terkorban di dunia, insya Allah, Allah hitung semua
yang kita kerjakan. Redha Allah dalam setiap apa yang kita kerjakan.
23. Tetaplah dalam memberi manfaat kepada orang walaupun kau
TERBUANG DAN TERHINA.
Dan tetaplah
memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi
orang-orang mukmin. (Az Zariyat 51:55)
~SENYUM MENUJU SYAHID~