“Bismillah..”
Aku memulakan langkahku dengan kalimah tauhid agar bisa semuanya menjadi lebih baik dan diberkati. Beg dan kotak (2 beg besar, 3 buah kotak, 1 beg bimbit komputer riba dan beg sandang belakang) memang banyak. Mujurlah ada pengangkut barang yang mengambil upah untuk mengangkat barang aku ke jeti. Inilah kali pertama aku menjejak ke bumi Kapit.Hiruk-piruk manusia menjalani kehidupan sehari-hari menyedarkan aku bahawa aku perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik da;am hidup aku. Aku sedar, perjuangan aku ini amat getir. Banyak guru-guru yang telah mencurah keringat untuk mendidik anak bangsa. Sedikit sebanyak membangkitkan semangatku yang kian goyah...
Setelah selesai dengan urusan mengangkat barang, aku seterusnya menelefon ibu dan abangku untuk memberitahu akan keadaanku di sini. Setelah selesai berbual dengan kedua-duanya, aku terus menelefon Guru Besar untuk menanyakan tempat berjumpa. Berkali-kaliku cuba hubungi Guru Besar, tapi tidak dijawab. Hatiku kembali bergelojak. Mahu saja aku kembali ke Kuching pada ketika dan saat itu. Tapi, setelah 20 minit menanti, guru besar menelefon kembali dan meminta aku untuk ke Hotel yang telah ditempah beliau yang berdekatan dengan jeti Belaga. Jarak di antara tempat aku melabuhkan semua barang-barang aku kira-kira 5 minit sahaja. Tetapi dengan kapasiti barang yang begitu banyak, mahu tidak aku terpaksa berulang alik untuk menghantar dan menyimpan. Risikonya, barang aku mungkin hilang. Ya Allah..tunjukkan aku jalan ya Allah..Ya Fattah..
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang di waktu susah Dia anugerahkan insan yang sudi membantu untuk meringankan kesusahan. Hamba Allah itu menghulurkan bantuan untuk membantu aku mengangkat ke River View Inn dengan menaiki lori pikap.
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..bergema di hatiku.. Di kala susah sebegini pun Allah masih lagi membantu aku. Aku bersyukur kehadrat Allah.. Sampai di River View Inn, aku menanyakan kepada Andrew (tukang angkat barang) berapa bayaran yang perlu bayar. Dia Cuma menjawab, “Saya tidak menetapkan harga. Seikhlas tuan membayarnya.” Ya Allah..tersentak dari lamunan gamaknya. Aku sungguh tidak menyangka sungguhpun hamba Allah ini tidak mengenal deen Illahi, masih merendah diri untuk apa saja upahannya demi sesuap nasi. Aku sedar, perjuangan aku ini sekarang bukan saja mendidik anak bangsa, tetapi membina karakter manusia yang juga insan dengan akhlak yang mulia!! (memang itu pun tugasan seorang guru, tapi persoalannya berapa ramai yang jadi manusia sekarang?)
“Zaman sudah berubah..” Ungkapan yang sering bermain di mulut ibu bapa sekarang. Ungkapan itu menyebabkan anak-anak muda semakin lembik dan manja. Sedangkan guru-guru sekarang datang dari medium yang mana guru-guru ini datang dari guru zaman dahulu yang terkenal dengan garangnya. Tetapi kegarangan mereka menyebabkan orang jadi manusia. Setuju tidak setuju, itu memang hakikat. Tidak mampu dinafikan. Pakar psikologi hanya mampu berkata-kata, memberi hujah yang belum tentu dapat dipraktikkan dalam erti kata sebenar. Zaman sudah berubah.. Tapi, bagi aku (sebagai guru baru yang masih belum kenal erti kata sebenar keguruan yang tulen) perlu ada penegasan dalam mengajar. Perlu ada kekerasan dan kekerasan itu penting untuk beberapa pekara. Seperti latihan dan seumpamanya. Hmm.. sekarang ini, merotan anak murid pun dah kena saman. Guru kena bunuh, kena rogol, kena tumbuk dan sebagai nya lagi budaya yang kian meruncing ini, tidak pula ibu bapa ambil tahu. Menongkah arus badai demi anak bangsa, di kata “dedigaji”(berkerja untuk gaji saja). Hampir saja maut dengan bulu roma demi mendidik anak bangsa, di katakan pemalas. (huhu..luahan hati guru baru).
Aku melabuhkan badan aku di atas katil. Sesak nafas.. Entah kenapa dada aku terasa sesak.
Aku besegera mengambil tuala untuk mandi. Sehari semalam aku tidak mandi. Selesai mandi, aku berwuduk dan mengqada’kan solat subuh yang aku tidak sempat aku laksanakan pagi tadi.(tertidur dalam ekspress). Setelah itu, aku membuka komputer riba dan sempat lagi aku mendengar alunan muzik yang gemersik. Hati ku kembali sayu. Kenangan menerjah kotak fikiran aku yang sedia kacau. Sesak nafasku. Ya Allah.. Aku perlukan udara. Tetapi hotel yang ditempah rupa-rupanya tidak mempunyai tingkap!! Aku bertekad. Aku mengorak langkah menuju ke Bandar Kapit. Menurut http://www.e-belaga.com/, Iban memegang komposisi kaum paling terbesar di daerah Kapit dan Song. Tetapi di daerah Belaga “Orang Ulu” menjadi komposisi majoriti. Orang Ulu mempunyai pecahan seperti Kenyah, Sekapan, Ukit dan lain-lainnya. Aku difahamkan, di Long Busang, majoriti penduduknya adalah berbangsa Kenyah. Ada sesetengah penduduk situ beragama Islam. Alhamdulillah..akulah dae’ yang bakal ditempatkan ditempat yang mempunyai jemaah Islam dan juga ada yang bersolat Jumaat hendaknya.
Suasana di Bandar Kapit yang penuh dengan manusia yang bahasanya tidak asing lagi pada pendengaran aku. Bahasa Iban. Bahasa yang tidak juga kurang pentingnya bagi rakyat negeri Sarawak. Selain dari bahasa Melayu Sarawak menjadi nadi kepada semua bahasa-bahasa ini. (Maaf kalau tersilap menutur kata). Bahasa merupakan komponen yang paling utama dalam perhubungan. Alhamdulillah..setelah melalui pelbagai pendedahan kepada alam pekerjaan dan semasa belajar dulu, boleh juga aku memahami bahasa Iban. Agak klasik dan agak kasar jika di dengar sekali. Tapi, pada hakikatnya, itulah gaya dan alunan bahasa yang paling yang terbaik bagi mereka. Berjayanya satu bahasa itu dinilai dengan keberkesanan si penyampai maklumat tersebut menyampai apa yang hendak diceritakan nya.
Satu Bandar Kapit aku redah. Mencari dan terus mencari. Apa yang dicari sudah pastinya ketenangan. Tapi sekilas, aku alpa bahawa ketenangan bukannya dicari di sini. Tapi dipangkuan Allah jualah tempatnya. Aku melabuhkan punggungku di sebuah kedai Islam di dalam kedai makan di dalam pasar yang berdekatan. Menurut rakan-rakan aku, barangan di sini agak mahal kerana ianya memerlukan pengangkutan ekspress setiap hari untuk menghantar.
Aku memesan mee goreng. Melihat mee goreng tersebut, aku terfikir. Halal atau tidak. Tapi si pemasak adalah Islam. Mengenang bahawa masakan yang dibuat yang bukan Islam dari sumber yang halal juga boleh mendatangkan mudarat kepada hati. Bayangkan, air tangan ibu membawa kita kepada kasih sayangnya, begitu juga dengan air tangan yang memasak yang bukan orang Islam. Sama bukan? Keberkatan itu yang paling penting. Tidak syak wasangka, tapi itulah hakikat. Hati kena jaga dengan sebaik-baiknya. Kerana itulah organ yang memerlukan penjagaan yang terbaik sekali. Allah akan pandang pada hati manusia, bukan pada luaran manusia. Tapi, berapa ramai yang memikirkan semua ini? Allah berkali-kali berfirman, “tidakkah kamu berfikir?” “tidakkah kamu mengambil iktibar?”..
Aku meyakinkan hatiku memakan mee tersebut (sebab ada ustaz pada pandangan aku yang duduk makan makanan yang sama dari kedai yang sama(ustaz ke?-ada janggut, ada kopiah-))..
bersambung.....