Cari Blog Ini

Sabtu, 25 Julai 2009

Panduan kepada guru-guru baru

Perkhabaran dari gunung..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah..dengan limpah dan karunia yang telah Allah s.w.t hadiahkan kepada ana, dapatlah lagi ana mencoretkan kata-kata dalam blog. Setelah menyepikan diri, ana terus dihujani pelbagai kerja sebagai seorang guru. Namun dapat juga ana, menitipkan sedikit kata untuk pedoman kepada BAKAL-BAKAL GURU yang bakal diposting selepas ni. Ada baiknya mendengar dan membaca pengalaman guru yang telah lama berkhidmat di pedalaman yang serba kekurangan.
Bayangkan, kita telah disuapkan dengan pelbagai teknologi dan kaedah untuk mengajar anak-anak murid kita. Bahkan, pensyarah banyak menekankan menggunakan ICT. Bayangkan..sebuah sekolah tanpa segala kemudahan tersebut. Haruslah kita kembali kepada kaedah konvensional, ABM dengan melukis dengan tangan sendiri. Malahan, alatan seperti LCD, kemungkinan susah nak didapati. Mungkin ada, tapi banyak lagi karenahnya. Rosaklah dan macam-macam lagi. Bayangkan, ini adalah cabaran yang bakal anda semua akan hadapi. ABM yang paling mudah adalah buat dengan lukis di kad manila@kertas mahjung. Yang paling malas..masuk kelas, guna kaedah `talk and chalk‘. Tapi berhasil juga sebenarnya, Cuma kurang sikit dari menggunakan ICT.
Bayangkan lagi kelengkapan yang terdapat dalam bilik darjah. Bilik darjah yang serba kekurangan. Kerusi dan meja pun daif. Tapi, itu bukan faktor utama sebenarnya. Kita hendaklah berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjadikan anak murid kita celik huruf!!
Setelah itu, berperang dengan suasana yang betul asing bagi diri kita. Bayangkan, anda tidak pernah makan makanan yang begitu pelik (tapi halal laa..) pun kena makan juga sebab itulah makanan ruji. Dan KFC, McD itu macam satu igauan yang amat indah jika dapat anda rasai. Kemudahan dan suasana yang berbeza dengan bandar. Jauh terpisah dengan kehidupan yang sesak. Di sini, anda mungkin akan lebih rapat dengan Sang Pencipta. Kerana asyik memohon nak minta pindah. Hehe..Jangan gelak saudara-saudari sekalian. Anda belum merasai apa yang kami rasa amat payah pada mulanya. Ana telah belajar sedikit dan merasa pengalaman guru-guru pedalaman P3. Semangat dan kekentalan diri menjadi sumber atau aset utama bagi seorang guru. Memang benarlah, guru adalah ejen perubahan. Gunakan kesempatan sepanjang berada di pedalaman untuk belajar jadi guru yang mulia.
Rasai dulu pengalaman dan kemanisan hidup sepanjang berada di pedalaman. Jangan gusar. Anda lebih dipandang mulia jika terus mengabdikan diri mengajar anak-anak bangsa di pedalaman. Tempoh Cuma 2 hingga 3 tahun untuk berkhidmat di pedalaman. Mungkin bagi kita terlalu lama. Tapi, tidak sebenarnya. Bila sudah ada feel mengajar tu, makinlah tidak terasa peredaran masa. Mungkin 3 bulan pertama adalah masa yang paling kritikal bagi guru permulaan ini. Tapi, percayalah, masanya tidak lama jika kita mengajar dengan sepenuh hati tanpa memikirkan selalu hendak pulang. Anda akan mencintai profession ini. Anda akan merindui semuanya nanti. Dan yang paling penting, tingkatkan hubungan anda sesama guru dan staf yang ada di sekolah untuk mengurangkan derita perasaan. Jangan lupa, adakan hubungan yang baik dengan orang kampung tanpa membuat onar. Jaga nama baik profession kita. Jangan terlalu mengikut emosi sehingga menyebabkan orang disekeliling tidak menyukai perbuatan kita. Pendek kata, di Institut Pendidikan Guru sendiri menggalakkan kita untuk bersikap terbuka dan ramah.
Sekian saja coretan ana. Sehingga berjumpa lagi pada masa yang lain. Wassalam.
p/s: ana bangga mengajar di pedalaman!!!
04 Julai 2009 (S.K LONG BUSANG, BELAGA)

1 ulasan:

  1. terharu saya baca...walaupun belum mengalami tapi mamapu memahami(sekurang-kurangnya faham berbanding orang yang suka menyalahkan guru saja)..
    semoga terus menjadi pendidik@guru unggul
    --dari : bakal guru (upsi)

    BalasPadam

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...