Cari Blog Ini

Ahad, 13 September 2009

Gurindam Mujahid Muda

Hati Seorang Mujahid Allah

Apabila seorang mujahid Allah melakukan sesuatu pekerjaan,

Ia akan melakukan dengan bersungguh-sungguh,

Tidak pernah mengeluh mahupun rasa berat,

Bersungguh-sungguh biarpun akan gagal,

Kerana yang dilakukan..

Bukan kerana hendak DIPUJI LEBIH BAIK walhal tiada yang lebih baik dari Rabbul Izzati,

Bukan hendak mendapat MARKAH YANG TINGGI UNTUK PENILAIAN OLEH KETUA,

Bukan hendak mendapat KAWAN yang belum tentu akan dapat membantu di akhirat kelak,

Bukan hendak mendapat PENGHORMATAN DARI MANUSIA yang hina lagi jijik disisi Tuhan,

Bukan hendakkan KUASA yang pastikan hilang...

Dan tidak sama sekali mengkhendaki GLAMOUR atas segala usahanya..

Tetapi melakukan tugas atas dasar amanah,

Atas dasar..IKHLAS..LILLAHI TAALA..

Tidak meminta puji-pujian kerana yang layak dipuji hanyalah Allah jua..

Tidak meminta penilaian kerana mementingkan Penilaian diri di mahkamah Allah s.w.t,

Tidak memerlukan pertolongan manusia kerana sebaik-baik penolong adalah Allah jua..

Tidak memerlukan penghormatan manusia kerana asas ciptaan manusia yang hina,

Dari setitik air yang jijik, jatuh ke bumi ayam pun tidak mahu mematuknya,

Masakan mahu dihormati??

Tidak mahu sama sekali GLAMOUR kerana dari situ lahirlah segulung riak dan takbur,

Dia tetap berjuang biarpun dihina, dicaci diejek dengan pelbagai ejekan malahan dibuang,

Hatinya tidak gentar, tidak takut melainkan Allah jua,

Tidak bersandar kepada manusia dan sama sekali sanggup mati demi Allah,

Syahid yang dirinduinya selalu…

Semuanya hanya kerana Allah s.w.t,

Merindui pertemuan agung diakhirat kelak….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...