Ahad, 13 September 2009

Gurindam Mujahid Muda II

MUJAHID ALLAH

Untuk menjadi soleh,

Perlunya ada keikhlasan dalam melakukan ibadah kepada Allah,

Bersungguh-sungguh bila mengerjakan kebaikkan,

Menafkahkan diri di jalan Allah, beerti hidupku bukan untuk diriku,

Biarpun terpaksa mengorbankan seluruh dari hidup,

Dengan seluruh kudrat yang ada, selagi ada hembusan nafas,

Bagi mengajar manusia mengenal kebesaran Allah,

Menyebarkan dakwah kerana aku dai‘,

Menjadi mujahid untuk seluruh hidupku,

MATI SYAHID menjadi impianku, Bukan pahala menjadi idaman,

Bukan pangkat nama dan harta untuk jadi sebutan,

Tetapi..semata-mata mendapat keredhaan Allah,

Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Sebagai balasan kepada perbuatan baik, dianugerahkan pahala dan kebaikkan,

Jika aku ingkar..jurang neraka Jahanam akan aku dihumbanNya,

Mahar kepada SyurgaNya...Iman, kerana di dalam iman itu adanya amal,

Riba dalam mahar ke syurga...nafsu dan syaitan, maka berawaslah dengan maksiat,

Jika mendapat anugerah..sudah pasti itu menjadi rahmatNya,

Laksanakanlah rukun yang tertegak atas dasar kalimah..

Laillahaillah...muhammad rasulullah..

Beringatlah wahai mujahid Allah..

Engkaulah penerus legasi Rasulullah s.a.w..

Didiklah dirimu menjadi mujahid Allah..

ISTIQAMAH dan IKHLAS melakukan ibadah,

Bermujahadahlah selalu, pohon bantuan dan merintihlah pada Nya,

Agar cintamu bisa terbalas,

Agar rindu terbias..diperdu pangkuan Illahi..

Allahuakbar..Allahuabar..Allahuakbar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails