Cari Blog Ini

Khamis, 24 September 2009

Mahkamah tangguh kes Rasul Melayu, tertuduh berhasrat tukar pengakuan


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, menangguhkan kes Abdul Kahar Ahmad, 59, atau Rasul Melayu ke jam 2 petang ini, selepas tertuduh berhasrat menukar pengakuan kepada bersalah.

Abdul kahar menerusi surat yang difaks kepada pihak pendakwaan bertarikh 18 September, menyatakan hasrat untuk mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan termasuk mengaku Rasul dan menghina agama islam.

Penangguhan ke petang ini bagi membolehkan pihak pendakwaan menyiapkan hujah.

Hari ini, sepatutnya berjalan permohonan melanjutkan tempoh waran penahanan terhadap tertuduh.

Pihak pendakwaan juga akan menambah dengan memfailkan satu lagi tuduhan terbaru menjadikan enam tuduhan.

1 ulasan:

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...