JAKARTA 23 Sept. - Bintang porno Jepun, Maria Ozawa yang juga dikenali sebagai Miyabi bakal ditampilkan dalam sebuah filem komedi Indonesia tahun ini.
Bakal ditayangkan hujung tahun ini, filem bertajuk Menculik Miyabidijangka mampu mendapat sambutan ramai.
Skrip yang ditulis oleh bloggerRaditya Dika, filem komedi itu mengisahkan tentang seorang lelaki yang tergila-gilakan Miyabi dan bercadang menculiknya.
Penerbit filem itu, Odi Mulya Hidayat seperti yang dipetik portal beritadetikhot.com berkata, syarikat penerbitan filem Maxima Pictures masih menjalankan beberapa urusan yang perlu untuk mendapatkan Miyabi
"Bukan mudah untuk mengundangnya ke sini dan kami perlu membayar jumlah yang banyak kepadanya untuk membintangi filem ini,'' katanya.
Bagaimanapun penonton-penonton lelaki tidak perlu terlalu teruja dengan imaginasi mereka kerana dalam filem Menculik Miyabi, dia hanya akan melakonkan watak yang tidak memerlukannya beraksi ghairah.
Miyabi mewarisi kecantikan daripada ibunya yang berketurunan Jepun dan bapanya yang berdarah Perancis-Kanada. Namanya mula menjadi sebutan sejak tampil dalam filem porno pada 2005. - Agensi
Macam2 gelagat manusia..mengagungkan yang sedia haram..
BalasPadamnauzubillah..