Cari Blog Ini

Isnin, 28 September 2009

Pengunjung ke 1000

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih kepada semua yang sudi mengunjung blog aku. Walaupun baru nak berblog..sal sambungan cerita pengalaman aku yang lepas, aku akan siarkan sepenuhnya pada masa akan datang kelak..insya Allah..

Aku tak balik sekolah lagi sebab nak pegi kursus LDP kat Belaga hari Jumaat ni. Kalau balik Sabtu, Ahad baru sampai. Pastu mengajar hari isnin sampai selasa, rabu dah kena turun lagi ke Kapit untuk ke Belaga. Memandangkan sekarang musim kemarau, takder ekspresslah ke Belaga, so jarak perjalanan akan bertambah. Dari Kapit pegi Sibu dan bermalam semalam di Sibu. Dan pagi keesokkan harinya, ambil bas dari Sibu untuk ke Bintulu. Tengah hari tu jugak, ambik 'Land Cruiser' ke Belaga.
Maghrib baru sampai. Then kursus keesokkan harinya plak.

Hari Sabtu..long journey akan kembali ditempuhi.. Sabtu, amek land cruiser dari Belaga ke Bintulu dan dari Bintulu amek bas ke Sibu. Bermalam lagi di Sibu..Hari ahad pagi tu, amek ekspress ke Putai direct kol 8 pagi. Akan sampai ke Kapit dalam jam 11.30 pagi. Lepas tu, terus ke Putai..bergantung dengan keadaan air Sungai Balleh.. kalau 'langkang'(Kering) lambat la sampai Putai. Huhu... Kemungkinan sampai dalam jam 4.00 petang. Pastu naik lagi 'Land Cruiser-single cabin'.. dalam masa 4 jam macam tu.baru lah sampai ke Kampung Long Busang. Then kena jalan around 15- 30 minutes untuk ke sekolah..Sampai sekolah, terus mandi dan solat and menjamu selera (nasi putih + telur goreng + kicap) dan tengok tv jap..pastu..terus melayang ke alam mimpi..

My Rutin.....insya Allah. I'm proud to teach rural area!!!

p/s: demam dah tok eh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...