Cari Blog Ini

Ahad, 27 Disember 2009

HAri itu teLaH berLalu deNgan inDaHnya..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukurku kehadrat Allah..kerana dengan limpah dan karuniaNya, aku telah bersatu dengan Dayang Khalizah Binti Awang Batu, bertepatan jam 10.00 pagi, 19/12/2009 bersamaan 2 Muharam di Kampung Medong, Dalat..

Maka dengan tersendirinya, aku telah bergelar seorang suami.. Memikul tanggungjawab yang amat berat kepada ibuku.. dan juga kepada isteriku.. Semoga dengan inayah Allah, aku akan beroleh kekuatan untuk memimpin isteriku kearah jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Isteriku....

Engkaulah bidadariku..

Hadirlah bersamaku disetiap waktu..

Ku janjikan setiaku hanya untukmu dan kasihku..

Hanya pada mu..isteriku..


Minggu depan, aku akan kembali berkhidmat di pedalaman Sarawak..Paradise of Daé.. Isteri aku akan kembali ke Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras meneruskan pengajian di sana sebagai guru pelatih.. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada isteriku..hingga akhir hayat.. dan andainya ditakdir bertemu di syurga.. insya Allah menjadi bidadariku pula di sana..

"Ya Allah, jadikanlah isteriku penyejuk hatiku di kala semua menjadi bara di hatiku.. Jadikanlah isteriku, pendamai di kala resah hatiku bertandang.. Jadikanlah isteriku ibu yang mithali kepada anak-anakku.."

haRi itU teLaH berLalu..hijrah Aku ke MasjiD DuNiaWi..

Indahnya gerbang perkahwinan bermula dari si suami menjadi seorang pemimpin yang bertakwa kepada Allah, dan si isteri menjadi pendamping yang setia mengharap redha Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...