Cari Blog Ini

Sabtu, 31 Julai 2010

Catatan Terakhir di bulan Julai 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Ahlan wa sahlan.. Selmat datang ke blog penulisan kurang kreatif. Satu penyelesaian kepada masalah jiwa nan bergelora. Kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Mendongak ke langit, kita akan mendapati langit tidak bertiang. Tersergam tanpa bantuan apa sekalipun. Terfikir juga, apa yang dimaksudkan dengan ‘langit tidak bertiang’. Maka, proses sains dapat menjelaskan mengapa langit tidak bertiang.

Dalam subjek sains Darjah 5 sudah sama sekali, kita telah didedahkan tentang mengapa langit tidak bertiang. Awan tercipta dari penyejatan air dari sumber-sumber air seperti kolam. Sedangkan, wap itu adalah gas. Dan gas lebih ringan dari pepejal. Apabila tersejat ke atmosfera pun, ada lagi halangan untuk keluar terus dari bumi. Mengapa? Ini semua adalah aturan Allah yang Maha Esa. Benda sebegini memerlukan hati dan akal yang bersih untuk mengenali kebesaran Allah taala.

Mendongak ke langit juga beerti kita memerhati cipta agung Khaliq kita. Memandang langit akan menerbitkan perasaan kagum kepada seni penciptaan langit yang kompleks. Seolah-olah langit mempunyai satu lapisan yang nipis seakan-akan plastik bagi mengekang keberadaan wap-wap air.

Bilamana kita berada di dalam kapal terbang, dapat dilihat keadaan awan pada paras 30,000 kaki. Cantik dan amat mempersonakan jiwa. Bila mana kita berada kita keadaan, terdetik dihati untuk kita sama-sama merenungkan kembali segala apa yang telah Allah taala kurniakan kepada kita. Berkali-kali di dalam al-Quran menyatakan kepentingan untuk berfikir secara selalu.

Dan orang Melayu mempunyai pepatah, “Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung”. Mengapa menggunakan perkataan langit dijunjung? Kerana langit tetap berada di situ. melambangkan di mana-mana kita berada, keperibadian tinggi juga akan menjadi satu pedoman kepada kita.

Langit dicipta luas seolah-olah tiada bertepi. Pada hakikaktnya, setiap bermula ada pengakhirannya. Begitu juga dengan langit. Semoga Allah mengurniakan kesudahan yang baik bagi kita.

àMeludah ke langit, pasti terkena sendiri.<-- Sesuai untuk menggambarkan orang yang suka bercakap tentang diri orang lain.

è fitnah lebih bahaya dari membunuh.. Elakkan mengumpat dan menfitnah!! Aku untung sebab saham menaik. Kau ada ka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...