Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan
bloggers. Selamat menjalani ibadah puasa ke 17 pada hari ini. Bersempena dengan
Nuzul Al-Quran ini, bacalah selaras dengan perintah Allah pada surah pertama
al-Quran diturunkan kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Selawat
dan salam ke atas baginda dan keluarga baginda.
~Hati seumpama batu kekerasannya. Kalau hati keras seperti
batu, lembutlah dengan dengan 3 pekara, pertama: carilah ketika engkau membaca
al-Quran, jika tidak keduanya cari di dalam engkau bersolat. Dan akhirnya,
carilah engkau di dalam mengingati mati. Jika pada ketiga-tiganya engkau tidak
menemuinya, maka bermohonlah kepada Allah s.w.t hati yang baru lantaran hati mu
sudah mati. (Pesanan Imam Al-Ghazali)
~KAlau benar hati keras seperti batu, renungilah ayat
al-Quran surah al-Baqarah ayat 74 :"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga
menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal diantara
batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada
pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya
dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang
Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
Sedangkan batu itu sendiri mempunyai aliran air yang keluar
daripadanya seperti mata air, inikan pula hati manusia. Aduhai hati, engkau
boleh jadi sekeras-keras batu, malahan lebih. Mengapakah ianya berlaku
sedangkan kita sentiasa hidup dalam kebesaran Nya? Malam dan siang. Bumi
berputar pada paksinya... Ya Allah..Ya tuhanku.. Tidak kira apa berlaku
padaku... Miskin atau kaya, sakit atau sihat, yang penting adalah keredhaan Mu
tuhanku..
Dah jelas dan nyata Allah firmankan kepada kita tentang
hati, membuat perumpamaan terhadapnya terhadap mata air, lantaran batu yang
keras menjadi kecut dengan kekuasaan Allah, apatah lagi hati kita yang berada
dalam jasad yang 70% adalah terdiri daripada air.. Maha suci Allah daripada
segala apa yang mereka syirikkan..
~So..berusahalah mendidik hati, agar dapat merajai nafsu..