Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepadaNabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah
s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari
kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima
belas."
1. Engkau sendiri hai
Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang
adil.
3. Orang kaya yang merendah
diri.
4. Pedagang yang jujur dan
amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan
solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi
nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang
berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat
bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri
dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam
keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak
bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan
akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat
kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta
selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan
solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.
Kemudian Rasulullah
s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku
?" Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum
arak.
5. Orang yang memutuskan tali
persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam
mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan
zakat/kedekut.
0. Orang yang selalu berangan-angan
dan khayal dengan tidak ada faedah.
"Mereka semua itu adalah
sahabat-sahabatku yang setia." Itulah di antara perbualan Nabi
dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis
laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu
hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis
laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna
menjadi musuh Allah s.w.t.Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi
musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasihAllah s.w.t..semoga kita
memperbaiki diri dan berusaha mencapai keimanan yang suci.. amin ya rabb..