Cari Blog Ini

Selasa, 1 Mac 2011

Dendam ~ Lirik Lagu~

Sepi sedang menanti,
Dipenghujung sebuah mimpi,
Kembara hikmah fantasi, yang tak bertepi,
Jadi resah sang realiti,

Hanya rasa dendam, tersimpan dijiwa
Jadi alasan yang meruntuh kecewa
Hilang rasa sedar, apa kemungkinannya?
Bila gugur masa digali semula

Biar bumi dipijak, langit pasti tak berganjak,
Biarlah kebenaranmu berkata tidak,
Mahuku tetap menolak

Aku sendiri takkan peduli, Masa yang pergi,
Ku tuntut kembali,
Walau Illahi telahpun berjanji
Untung dan rugi pasti diadili,

Tinggal dendam yang tak sudah....

Dendam adalah sesuatu perasaan yang sentiasa ada dihati manusia.. Dari dendam, hadirlah dengki. Semuanya adik beradik kepada syaitan. Tiada gunanya berdendam. Kerana dendam itu takkan berkesudahan. Aku sudah memaafi semua kesalahan setiap insan. Tidak berpanjangan hati yang dilukai. Sifat dalam diri, dididik untuk tidak mudah berpanjang hati. Alhamdulillah, dengan dididikan seperti itu, segala manusia mudah dimaafi. Kecuali yang betul-betul sukar dimaafkan, memerlukan masa yang agak panjang untuk diubati.

Dendam membawa kepada kemusnahan jika tidak diatasi dengan saluran yang betul. Kerana dendam, Adam dan Hawa di halau dari syurga. Kerana dendam jugalah, Habil dibunuh.. Lantaran dendamlah... terjadi peperangan. 

Kuatkan hati, perteguhkan iman.. Jadilah insan yang sentiasa memaafkan kesalahan insan lain. Tidak ada kerugiaan pada kemaafan. Tiada untung dalam permusuhan melainkan keuntungan dipihak Iblis dan kuncu-kuncunya. Semoga hidup beroleh rahmat dari Allah....amin

1 ulasan:

  1. salam...aku meminta maaf daripada mu dan aku sedia memaafkan mu..tetapi ajarlah anak buah mu berbicara dengan sebaik mungkin dengan orang lain yang lebih tua daripadanya..sedangkan aku tidak pernah mencabar diri mu untuk berbunuh-bunuhan sesama.....

    BalasPadam

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...