Cari Blog Ini

Selasa, 1 Mac 2011

Seribu kisah, seribu satu duka, seribu satu kenangan..

~Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Lama sudah aku tidak menitipkan kata-kataku di dalam diari alam maya ini. Dihimpit kesibukkan dunia yang berpanjangan. Hati kini semakin jauh dari menulis. Sudah mengakhiri bulan Febuari, titipan tidak melebihi dari 10. Beerti, kekosongan dalam diri sudah terisi dengan senda tawa kekasih diri. Bahagia terasa, bukan kerana hati dipenuhi, tetapi bahagia terasa hidup berumahtangga.

~Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah. Sehingga ke saat ini, aku masih hidup di dalam alam kesejahteraan. Cuma, perlu diingatkan, supaya isteri tidak akam melalaikan kita dalam mencari keredhaan Allah s.w.t. Cantik dan keayuan wajah, kan pudar akhirnya. Bersedia untuk menghadapi hari tua. Itu menjadi lakaran minda aku sekarang. Kehidupan selepas alam tua, alam barzakh. Saban malam terfikir, bagaimanakah nasib aku di yaumul mahsyar kelak. Ada seseorang yang sering melaung-laungkan yngkapan, "jumpa di mahsyar". Tetapi, tidak sedar setiap diperlakukan tidak menepati dengan kehendak Allah. Dan, adakah aku sudah bersedia menghadapi semua pertanyaan Allah? Gentarnya hatiku mengenangkan semua ini. Tidak mudah bagi melepasi titian sirat lantaran memikul dosa yang kian membebani diriku.

~Bukan senang memikul amanah dan tugas sekarang ini. Mendidik bukan beerti berseronok. Berseronok dengan gaji pada setiao 25 hb. Berseronok goyang kaki ketika tiada kelas. Berseronok membuang masa di bilik guru. Tetapi, tugas guru membebankan mahupun meringankan amalan kebaikkan. Tugas mendidik merupakan satu ibadah yang mungkin kurang difahami oleh guru-guru makan gaji buta. Mendidik modal insan supaya menjadi manusia berguna pada satu hari kelak. Mendidik bukan beerti disekolah sahaja, malahan mendidik anak murid silat seumpamanya juga memerlukan hati nurani yang suci dan tulus. Bukan sebarang hentam, tapi biarlah berpendidikan.

~Seorang guru aku di tingkatan 3 pernah berkata, "kalau kamu mahu belajar, belajarlah rajin-rajin. yang tak mahu belajar, tak apa. Kalau semua pandai susah juga. Nanti, tak adalah yang nak menyapu sampah di tepi jalan nanti kalau semua pandai". Kata-kata azimat seperti ini menyedarkan bahawa tugas dan tanggungjawab cikgu bukan sekadar mendidik manusia menjadi manusia berguna, malahan tugas mendidik ini menentukan cara hidup murid di masa hadapan!!

~Mulakan tugas dengan Basmallah~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...