~Segala puji pujian bagi Allah, tuhan semesta alam.. Tuhan yang memiliki kerajaan di dunia dan akhirat. Raja di atas segala raja. Tuhan yang memiliki hatiku ini. Yang dirindui setiap masa….
~Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan, Muhammad s.a.w. Rindunya padamu, tidak terhingga walau tak pernah bersua denganmu. Cinta kepadamu tidak akan mengecewakan kerana cinta itu berbalas di akhirat.
~Doa dipanjangkan kepada segala ahlu bait, sahabat-sahabat baginda, alim ulama, kepada kedua ibu bapaku, saudara sekandung denganku, kepada guru-guruku, anak-anak muridku, dan muslimin dan muslimat.
~Al-fatihah untuk mangsa tanah runtuh di Selangor Darul Ehsan yang berlaku baru-baru ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
~Mencintai dunia..itu penyakit yang bersarang dalam hatiku sekarang. Bagaimana hendak membuang ‘dunia’ dalam diri sedangkan ‘dunia’ itu sudah menjadi darah daging dalam hidupku. Caranya, dengan membunuh ‘dunia’ dalam diri. Biarlah diri ini separuh mati, asalkan dunia itu mati dalam diri. Jalan untuk kembali kepada Allah Cuma jalan yang satu. Meninggalkan dunia, mengejar akhirat. Cinta tidak boleh bersatu dengan dalam dua. Cuma ada satu cinta yang akan menentukan perjalanan ke akhirat.
Wahai diri, ingatlah mati itu pasti
Wahai diri..ingatlah bahawa akhirat itu pasti
Wahai diri.. sedarlah..bermuhasabahlah..Renungi hikmah kejadian diri..
Wahai diri.. dunia pasti ditinggalkan..akhiratlah destinasi tujuan..
Wahai diri.. sudah-sudahlah mencintai dunia..akhirat juga yang benar
Wahai diri… sudah lelah anggota berkerja untuk mendapatkan dunia, akhirnya semuanya auta semata-mata
Wahai diri.. sudah lelah lidah berbicara keduniaan,
Wahai diri..sudah lelah mata memandang yang lara,
Wahai diri.. sudah lelah tangan melakukan onar,
Wahai diri… sudah lelah kaki melangkah menuju kemusnahan..
apa yang dicari semuanya akan hilang secara pelahan-lahan..
Wahai diri..serulah kepada kebaikan,
Ajarlah lidah mengucapkan kalimah mensucikan Allah dan segala hal,
Ajarlah mata memandang kalamullah,
Ajarlah tangan menyampaikan sedekah,
Dan ajarlah kaki melangkah ke rumah Allah..
tiada yang benar melainkan kebenaran beragama.
~Luahan hati seorang guru~