Cari Blog Ini

Rabu, 21 September 2011

Hujan di Pekan Marudi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

~Seringkali kita mengharapkan kehidupan yang dramatik dan penuh dengan kejutan. Tapi, untuk peringatan kita semua, semuanya dah ditentukan sejak dari azali lagi ketentuan nasib hidup seseorang. Dan setiap nasib itu, Allah berikan jalan untuk kita memilih sama ada inginkan kebaikan ataupun keburukan.

~Allah menjadikan hujan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Kalau bukan kita memerlukan hujan, ada makhluk lain yang memerlukan hujan untuk melaksanakan rutin harian. Syukurlah kepada nikmat Allah dan sentiasa mengucapkan nama Nya tak kira apa sahaja keadaan. Semoga dengan nikmat ini, hati kita akan sentiasa terpaut untuk mencintai Allah.

~Hujan di Marudi dah berlaku kerap kali. Setiap petang pun hujan. Tengah hari pun hujan. Paling seronoknya, bila malamnya hujan. Boleh tarik selimut.. hehe.. Itulah rahmat Allah dalam kesusahan.

~Teringat hujan di Long Busang dulu. Mesti segala aktiviti petang terpaksa dibatalkan dan terpaksa duduk di rumah. Di Long Busang juga mengajar aku erti kesabaran dan istiqamah.

~Syukurlah. Sejak bekerja di pejabat pelajaran, aku memahami akan etika sebenar bekerja. Suasana yang kondusif dan amat menyenangkan hati. Walau nampak tertekan, tapi ada ramai yang akan membantu jika terdapat masalah. Dengan pegawai-pegawai lain yang sentiasa membantu tak kira apa keadaan. Dalam suasana harmoni kekeluargaaan. Dari sini juga, aku dapat menyalurkan segala apa yang terbuku di dalam hati. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru di pedalaman. Aku boleh bercerita kerana aku sendiri pernah mengalaminya.

~Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah. Tidak lama lagi, aku akan bergelar ayah kepada anakku. Semoga anaku menjadi pejuang agama, menentang kebatilan, mencegah kemungkaran. Menegakkan kebenaran dan agama Allah, ISLAM.

~Semuanya kerana berkat sabar. Dan, seringkali bila aku di zalimi dahulu, kerapkali aku berdoa agar Allah mengurniakan kebaikkan lebih daripada mereka yang menganiaya aku. Doa aku termakbul walaupun terpaksa bersabar bertahun-tahun. Keluar statement dari mulut mereka mengatakan kekejian aku. Sedangkan mereka lebih HEBAT menentang HUKUM ALLAH.!!

~Saham dari mengutuk aku dulu pun banyak. Aku akan memaafkan semua dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Dan mendoakan kebaikan kepada mereka. Dan juga, semoga mereka beroleh kejayaan daripada apa yang mereka usahakan. Ada yang berusaha 3 tahun, ada yang 4 tahun.. tapi, Allah kurniakan aku 2 tahun untuk tinggal di pedalaman itu. Alhamdulillah. Kalau benar aku KEJI.. sudah semestinya DOA aku kurang didengari Allah. Aku hapuskan dosa dengan TAUBAT. Ku sirami dengan tangisan airmata bertahajud kepada Allah..

~Jika aku dilabelkan PEMALAS, sudah semestinya pekerjaanku serba tidak menjadi. Aku memang lemah dan tidak tulus dalam menjalani kehidupan kerana aku hanyalah hamba Allah yang lemah. Agama melarangku, tapi adakalanya nafsuku mengatasi diriku. Bukankah perbuatan sebahagian manusia yang MENGEJI aku itu lebih besar DOSANYA berbanding dengan kesalahanku? MENGUMPAT manusia lain bersamaan makan daging manusia tersebut.

~Hujan oh hujan.. bawalah perkhabaran indah dari Allah.. semoga dengan perkhabaran itu, hati ini akan bertambah tenang. Setenang air yang mengalir dari celahan bumi..

~Di mana mereka yang berkata-kata itu sekarang? Di mana kedudukan mereka di mata manusia? Hanya Allah yang mengetahui. Allah boleh menjatuhkan kedudukan seseorang itu dengan sekelip mata.... Seperti Dia menurunkan hujan dan menyapu segala kekotoran yang ada di lantai bumi ini..

~Kebenaran pasti akan keluar walaupun tersembunyi. Segala keburukan kita pasti akan menonjol. Jika tidak di dunia, maka JUMPA DI MAHSYAR!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...