Cari Blog Ini

Khamis, 8 September 2011

Jadual Ekspress Ke Marudi

Assalamualaikum wkth.. Terdengar kokokan ayam pada malam Jumaat. Terus teringat nak updatekan blog. Aku akan menerangkan pula perjalanan ke Pekan Marudi dari Bandaraya Miri. Ada 3 jenis pengangkutan untuk sampai ke sini iaitu:

a). Air - Menggunakan ekspress dari Jeti Kuala Baram (berdekatan Sungai Tujuh Checkpoint) untuk ke Marudi. Jarak perjalanan memakan masa 3 jam. Jadual ekspress adalah seperti berikut:

   Miri  -  Marudi -->   8.00 a.m,   11.00 a.m &  3.00 p.m
   
  Marudi - Miri   -->    8.30 a.m, 11.30 p.m & 3.00 p.m


b). Darat - Menggunakan darat memakan masa selama 1 jam 30 minit dari Bandaraya Miri. Perjalanan akan merentasi jalan kelapa sawit dan bukit-bukau. Bagi yang meminati 'thrill' bolehlah menggunakan perjalanan darat untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Pacuan 4 roda menjadi medium utama bagi pengangkutan tersebut. Jika hujan, perjalanan akan menjadi lebih mencabar.


c). Udara - Perjalanan yang paling singkat iaitu selama 15-20 minit sahaja untuk sampai ke Pekan Marudi. Tapi, kadang-kadang flight akan ditunda atau dibatalkan sebab keadaan cuaca yang tidak menentu. Untuk tempahan tiket, sila layari  www.maswings.com.my   . Pesawat yang digunakan adalah Twin Otter.. =)

2 ulasan:

  1. salam..sy nak tau lebih lanjut tentang kehidupan di sana.tentang kemudahan, makanan halal, peluang pekerjaan dan yg paling penting lokasi IPD Marudi. Sangat harap saudara dpt bantu.

    TQ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam saudara anonymous,

      kemudahan di sini seperti semua ada untuk pekan sekecil ini. 4 buah bank, agensi kerajaan seperti immegresen,kastam, dsb. perkhidmatan streamyx juga dapat di akses. IPD Marudi berdekatan dengan hospital. Peluang pekerjaan, disebabkan pekan yang kecil, jadi peluangnya pun juga kecil.

      Padam

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...