Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.
~Mencari erti dalam kehidupan. Semakin dicari, semakin hilang harga diri. Erti kehidupan sebenarnya adalah kematian. Sukar hendak dijelaskan kerana mati itu bermula kehidupan yang lebih kekal. Subhanallah..
~Episod baru dalam kehidupan bermula. Seandainya bulan ini adalah bulan kelahiranku.. Mengenang akan kelahiran, teringatlah dengan pengorbanan yang telah ibuku lakukan pada saat ini.. Bapaku turut terasa debarannya seperti yang aku rasakan pada ketika ini.. Aduhai, nikmatnya menjadi seorang bapa. Seandainya, episod ini adalah sedutan dari drama-drama cerita, sudah semestinya, ini adalah saat-saat yang terindah bagi mereka yang bergelar ibu dan bapa. Detik-detik kelahiran adalah sesuatu yang indah bagiku pada saat ini.
~Sekarang, bermulalah episod baru dalam 'permainan' di dalam hidup aku. Andainya, beginilah takdir, aku akan usahakan untuk menjadi muslim yang terbaik. Insya Allah. Aku sedang memperbaiki diriku. Aku mahu bekerja, tetapi ingat, aku bekerja kerana Allah jua. Bukan nak dapat nama atau pangkat, bukan kerana jawatan atau jabatan. Aku bekerja untuk Allah, bagi menjanakan rezeki untuk aku bagi kepada anak dan isteriku supaya dapat menjalani kehidupan yang diberkati Allah.
~Hidup dalam suasana keISLAMan menjadi harapan aku dan isteri. Aku mengharapkan Allah mengurniakan aku keluarga yang sentiasa menjunjung titah Allah. Menitikberatkan dosa dan pahala dan sentiasa menjadikan Allah sebagai harapan dan tujuan. Semoga keluarga aku menjadi keluarga MAWADDAH WA RAHMAH. Keluarga SAKINAH. Keluarga yang beteraskan ISLAM. Insya Allah.
~Terima kasih IBU, terima kasih AYAH, di atas segala-galanya. Kerana kedua-duanya, aku berada di sini menjadi apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas ku. Usaha mereka membesarkan aku tidak mampu bayar mereka. Walau seluas lautan emas sekalipun, jasa dan pengorbanan mereka tetap tidak mampu dibalas. Semoga Allah mengurnikan kedua-duanya keberkatan dalam kehidupan dan menjadi hamba-hambaNYA yang soleh dan solehah.
~"Ku akui, kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini.. ku kesali kejahilan ini.. terimalah taubatku ini"
~Dan beringatlah kepada kalian, mereka yang berusaha kepada arah kebaikan adalah orang sentiasa menyesali perbuatannya. Dalam masa yang sama merupakan makhluk Allah yang lemah. Seringkali akan tersasar daripada tujuan utama kebaikan. Bandingan kepada orang yang sentiasa mengakui akan dirinya adalah seorang yang benar sentiasa. Macamlah cerita si arnab dan kura-kura. Orang sentiasa merasakan dirinya baik dalam segala hal, sudah pastinya tidak mencerminkan dirinya di cermin selalu. Cermin itu, bukan cermin fizikal semata-mata, tetapi cermin hati juga..
~Dan beringat jugalah, kita sebagai manusia selalu melakukan kesilapan. Kesilapan itu terjadi kerana Allah menjadikan kita tidak sempurna. Oleh itu, agak-agaklah kalau memarahi@mengutuk seseorang. Hargailah kawan-kawan dan janganlah menikam dari belakang. Ada orang berlembut kerana hatinya lembut. Ada yang berlembut, meyimpan dendam. Agak-agaklah dalam bersosial. Beringatlah, orang ada perasaan jugak. Jangan ikut rasa hati sendiri. Ingat, Allah menilai diri kita sentiasa. Aku yakin, Allah 'memerhati' gerak geri kita.
~Kepada isteri ku, biarlah apa orang hendak berkata. Sesuailah dengan harga diri mereka yang suka mengata. Yang mengata itu, sudah Allah janjikan ke neraka. Biarlah, jalan kita adalah untuk menuju ke syurga. Perbaiki diri dan perbaiki amalan. Kurangkan lisan jika tak perlu, banyakkan tasbih menjadi keperluan. Istighfarllah kepada Allah. Biar Allah nilai kita. Penilaian manusia terlalu lemah. tapi, Yakinlah Allah akan sentiasa membantu
p/s: Berubahlah, sebelum anda berubah bentuk sebab terkena sedas penumbuk.. hehe
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan