Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca dan blogger sekalian. Semoga dirahmati Allah hendaknya.
~2 tahun berblog, dengan publisiti yang murah, dan nama yang tidak terkenal, dapatlah aku mengumpul 15,000 pengunjung selama 3 tahun laman blog ini ditubuh. Post yang pertama, http://www.insanwardah.blogspot.com/2009/01/permulaan-aku-sebagai-guru.html sehinggalah ke post ini, dah 178 post diterbitkan. Pelbagai karenah dipertunjukkan menandakan proses kematangan dalam penulisan blog. Alhamdulillah. Kalau bukan kerana Allah mengilhamkan kata-kata kepadaku, sudah semestinya, tidak wujud blog ini selama 3 tahun. Syukurlah. Diari seorang guru biasa. Dari guru permulaan, sehinggalah bergelar Guru Akademik dan akhirnya ke "Tukang Fotostat" (hehe).. Syukurlah di atas ketentuan dan ketetapan yang Allah telah kurniakan kepada aku.
~Bakal bergelar seorang "bapa" kepada anakku. Sedang dalam perkembangan untuk mencari idea menjadi bapa yang mithali. Konsep kebapaan secara tidak langsungnya telah disemai semasa menjadi seorang guru. Alhamdulillah, akan kutemui sebuah perjalanan yang indah, setelah kembali ke 'alam yang kekal'.
~Subhanllah, terima kasih kepada semua pengunjung kerana melewati ke blog ini dan jutaan penghargaan kepada meraka yang telah mengilhamkan pelbagai idea yang bernas untuk aku kemukakan. Kalau tiada masalah, dunia pasti serba tak kena.
~Kalau keberatan hendak meninggalkan tanda, cukuplah hadir di blog ini dengan senyuman yang sudah pastinya akan meningkatkan keupayaan kita untuk bersedekah. Tinggalkan komen sebagai penghargaan kita kepada penulisan penulis blog yang tidak kering dengan ideanya..
~Luahan hati seorang guru, tidak akan terkubur kerana selagi ada guru, selagi itulah blog ini akan diteruskan!!
p/s: kecuali, aku kembali kehadrat Allah s.w.t
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan