Cari Blog Ini

Selasa, 29 November 2011

Sedetik kita dengan maut, bermuram, sedetik selepas denganya, gembira

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua blogger yang dihormati. Alhamdulillah, syukurlah kerana dengan limpah dan karuniaNya, dapatlah aku mencoretkan sedikit catatan dari cebisan hidupku yang tidak bernilai di sisi Allah.

~ Alhamdulillah, aku dianugerahkan satu lagi peluang untuk menghirup udara di muka bumi Allah. Dari tahun 1984 sehingga 2011, aku dikurniakan peluang sebanyak 9855 hari untuk melakukan kebaikan dan amanah dari Allah iaitu menjadi khalifah di muka bumi. Dan, dalams sebanyak hari tersebut, macam-macam karenah yang aku hadapi, perit jerih, suka duka, onak berduri dilalui dengan ketetapan Allah. Aku mengenali Allah sejak dari rahim ibuku yang mulia. Diajar kalimah Allah sebaik dilahirkan dengan kalimah azan di kedua cuping telingaku. Kemudian aku belajar mengenaliNya dengan bantuan kedua ibu bapaku yang mendidik aku dengan lantunan suara yang indah. Diajar bahasa syurga, diberi rezeki dari sumber yang halal. Dan setelah menginjak dewasa, aku diberi peluang untuk mengecapi apa yang telah dikecapi manusia lain. Tapi, masih mampukah amalan ku diterima Allah? Masih mampukah aku mengapai redha Allah yang diimpikan? Belum ada kepastian di dalam ketaatan kita. Menangislah selalu, nasib kita belum tentu. Adakah diterima atau tidak di MAHKAMAH PENGADILAN.

~Peristiwa semalam mengajar aku banyak pekara. Dalam perjalanan balik ke Marudi menggunakan bot ekspress, hujan lebat pula datang melanda. Isteriku sedang sarat mengandung anak pertama kami. Dalam keadaan yang sesak dengan penumpang. Hujan turun dengan lebatnya bersama kilat dan guruh. Sekali kilat menyambar bot ekspres, masya Allah. Kelihatan asap terhasil kerana berlaku litar pintas. Manusia di dalam bot ekspress tersebut mulai panik. Air hujan menitik ke dalam badan kapal menambahkan kerisauan. Sekali dipecahkan cermin penumpang dibelakang menambahkan kerisauan. Satu pekara yang aku ingati, ketika nabi Yunus a.s berada di dalam kapal yang sedang dilanda ombak yang tinggi menggunung. .. Aku hanya mengingati bagaimana hendak menyelamatkan isteriku yang sarat mengandung sahaja. Sedangkan nyawaku aku langsung tidak peduli.

~Aku mengucap syahadah, bimbang kerana aku syahid di jalan Allah. Ku lantunkan zikir, "Laillahilla anta, subhanaka inni, kuntu minazzalimin".. (Doa Nabi Yunus a.s) untuk menenangkan perasaan yang bercampur baur. Dengan asap yang semakin menebal, penumpang lain panik dan keluar dari bot. Hujan lebat. Ya Allah, aku hanya berserah keselamatan isteri dan anaku kepada Allah...

~Datang pula pemilik bot, marah-marahkan penumpang. Hmm.. dahlah tak ada safety jacket. Ciri-ciri keselamatan langsung tiada. Walau apa-apa pun, Allah telah menyelematkan semua penumpang. Pada waktu cemas, ramai ingat mati. Dah ok je, ramai ketawa. Ya Allah. Penumpang lain dok gelak sebab lucu. Apalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...