Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dihormati. Kesyukuran yang tak terhingga diucapkan kepada Allah s.w.t untuk segalanya dalam kehidupan yang penuh dugaan dan halangan. Walaupun seringkali aku memungkiri segala janjiku, namun Dia tetap memberi peluang kepadaku untuk terus berada dalam kesenangan dunia. Ya-Allah, ampunkanlah dosa-dosaku. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, dosa isteriku, dosa saudaraku, dosa sahabat ku, dosa umat mukimunin dan mukminat, dan dosa muslimin, muslimat.
~Semasa melayari internet pagi tadi, terbacalah satu blog yang mengutuk "K-POP". Dibawahnya, 1700 comment mengutuk siempunya blog tadi. Ya Allah, begitu sekali cinta muda-mudi kepada "K-POP" tadi sampai nak menoreh muka si empunya blog kerana mengutuk artis kesayangan mereka. Meluat dan sedih melihat anak bangsa yang mengagungkan artis lebih daripada RASULULLAH. Mana tidak, sampai memecah belahkan umat Islam dengan disebabkan oleh seorang yang BUKAN SEAGAMA dengan kita. Astagfirullah.
~Law ka na bainana.. (Alangkah indahnya jika baginda ada bersama..) mengalir kesyahduan di mataku kerana merindui baginda Rasulullah s.a.w. Ada tak remaja yang mempertahankan Rasulullah ketika peribadi insan mulia ini dihina? Ada tak remaja memperjudikan nyawanya demi mempertahankan Rasulullah? Jawapannya sedikit sekali. Ramai mengambil langkah mendiamkan diri kerana takut. Itu kebodohan yang nyata..
~Law ka na bainana..Ya Rasullullah.. Mengapa diagungkan manusia lain yang tidak memberi makna kepada agama Islam? Sedarilah, agungkanlah baginda Rasulullah. BAginda merupakan insan yang teragung di dalam sejarah kehidupan manusia. Lebih hebat dari segala artis. Disayangi, dicintai oleh segolongan manusia (umat Islam) bahkan kemuliaan dan kasih sayang baginda dapat memberi syafaat kepada kita di Yaumul Mahsyar. Sedarilah dan ubahkanlah persepsi cinta kita kepada manusia. Adakah dengan mempertahankan "K-POP" kita akan dijamin syurga?
~Law ka na bainana..Aku merinduimu Rasulullah. Ya-Allah, sampaikan salam penuh takzim dariku buat Rasulullah s.a.w....
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan