Cari Blog Ini

Isnin, 12 Disember 2011

Apakah kita sebenarnya-benar adalah seorang BENAR?

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers yang sudi singgah ke Teratak buruk aku. Semoga beroleh sedikit ilmu buat kita teladani dan sempadani jika terdapat kebobrokan.

~Pagi tadi aku sampai dari Miri ke Marudi menggunakan kereta tumpangan yang biasa mengambil penumpang Marudi-Miri-Marudi. Alhamdulillah, perjalanan yang memenatkan tetapi minggu yang terindah bersama isteri yang tercinta. Jalan agak licin kerana baru diratakan oleh kontraktor yang membina jalan tersebut. Untuk pengetahuan, jalan tersebut merupakan jalan kelapa sawit/jalan balak yang direnovasi menjadi jalan berturap. Sebaik ditimpa hujan, jalan akan menjadi licin jika tidak diturap dengan batu. Jadi, agak berbahaya untuk kereta yang terkategori sebagai kereta jalanan.

Kereta 4wd menjadi pilihan untuk ulang-alik ke Marudi melalui jalan kelapa sawit yang penuh dengan bukit-bukau
~Kalau kereta 4 x 4 seperti HILUX, TRITON dan sebagainya, mungkin lebih selamat dan mungkin akan memendekan sedikit masa yang digunakan untuk melaluinya. Tapi, alhamdulillah, perjalanan yang berharga RM 40.00 sehala berjaya ditempuhi dengan bersahaja oleh pemandunya kerana sudah mahir selok belok perjalanan.

~Renungi diri kita seketika, adakah kita sudah sebaris safnya dengan para syuhada? para aulia? para ulama? atau masih terkapai-kapai mencari status diri. Kalau setakat solat didirikan, renung kembali, adakah solat kita berjemaah? Atau solat dikerjakan bersendirian? Atau solat dikerjakan khusyuk?

~Atau solat dikerjakan dengan ikhlas dengan merasai kehadiran Allah di segenap pelusuk hati? Jika merasakan puas dalam solat, adakah solat kita terima? Jangan persoal ibadah insan lain, tapi persoalkan ibadah kita. Adakah mencapai mutu yang dikehendaki oleh Allah. Kita boleh menilai, standard iman kita dengan merujuk kepada perilaku kita. Kalau paras iman kita rendah, maka sudah semestinya kita akan berani melakukan perbuatan seperti, MENCACI, MEMFITNAH, MENGADU DOMBA, MENGUMPAT DAN PELBAGAI JENIS MAKSIAT KEPADA ALLAH. Surah Al-Ankabut ayat 45 menerangkan,



اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ


  Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar. Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”[Al-Ankabut 29: 45]


~Kalau solat kita benar, maka segala perbuatan maksiat akan dihindari walaupun ianya sudah menjadi darah daging/kegiatan harian kita. Kalau solat benar-benar kita rasai, kita akan berusaha meninggalkan segala perbuatan keji kerana Allah telah meletakkan KPI (Key Perfomance Indicator) kepada kejayaan solat adalah berjaya meninggalkan perbuatan keji dan mungkar (maksiat). Jadi, kita hendaklah menyelidiki kualiti sebelum mendirikan solat. Bermula dari aspek fizikal (yang boleh disentuh) dan aspeh rohani (yang berkaitan dengan hati dan perasaan)

~Lebih mendalam, silalah bertanya dengan ustaz dan mereka yang bergelar ulama. Mendekati dan mendampangi orang berilmu, maka layaknya kita akan terkena lempias ilmu yang dimiliki.

Kembali kepada fitrah manusia yakni ingin merasa BERTUHAN
~Kalau solat dah tak boleh menahan kita daripada melakukan MAKSIAT kepada Allah dan menyakiti hati manusia lain, maka BENARKAH kita sudah menjadi ORANG YANG BENAR? Renungkanlah..  Sekadar memberi peringatan kepada mereka yang inginkan peringatan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...