Cari Blog Ini

Khamis, 5 Januari 2012

Tahun 2012. atau 1433 Hijrah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dihormati sekalian.

~Hari ini 5 Januari 2012 bersamaan 11 Safar 1433 Hijrah. Khamis yang mendamaikan kerana esoknya bakal tiba hari penghulu segala hari. Bermulalah lagi sebuah kehidupan yang telah dirancang kita sejak tahun 2011. Semuanya dirancang, tetapi yakinilah bahawa Allah menentukanNya. Semuanya atas kehendak Allah dan usaha kita. Semuanya di atas Qada dan Qadar Allah jua.

~Imbasan kembali kepada tahun 2011, banyak yang berlaku tanpa dirancang. Aku seperti manusia yang lain, yang punyai perancangan dalam hidup. Alhamdulillah, kebanyakkan perancangan yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Yang tidak menjadi, seringkali aku ucapkan "Alhamdulillah hi ala kulli hal.." Kerana, setiap yang tidak berlaku, pasti ada hikmahnya yang telah Allah tentukan dalam hidupuku.

~Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana telah diberikan segala-galaNya walaupun aku insan berdosa disisiNya. Namun, ku teruskan kehidupan demi tujuan utama kita dilahirkan di dunia iaitu menjadi KHALIFAH di BUMI ALLAH. Mungkin aku akan tersesat juga jika tidak mendapat pimpinan dari Allah yang menghantar nasihatNya melalui PENGALAMAN dan NASIHAT dari manusia lain yang berada dekat dengan aku seperti AYAH, IBU, SAUDARA, ISTERI dan SAHABAT HANDAI. Tak lupa juga, teguran berupa fizikal, mental dan rohani. Alhamdulillah, kerana dengan teguran seperti itu, aku menjadi aku. Aku menjadi Muhammad Khawar Hezazy Bin Uthman.

~Dimulai tahun 2011 dengan perpindahan ke SK Long Sepiling, Baram dari SK Long Busang, Belaga. Pengalaman yang berharga yang aku perolehi dari kedua-dua sekolah akan menjadikan aku sebagai GURU yang sentiasa menambah ilmu lantaran kekurangan dalam mendalami emosi murid. Perpindahan itu satu hikmah yang telah Allah kurniakan kepadaku. Dan Allah sama sekali tidak mensia-siakan kesabaran aku. Alhamdulillah. Sesungguhnya, berada di Long Busang, bukanlah menjadi bebanan tetapi sebenarnya sedikit sebanyak mengajar aku menjadi seorang hamba Allah yang merendah diri dan sentiasa bersabar di atas ujian yang mendatang. Ucapan terima kaish kepada Cikgu Fadhil, Ustaz Fazli, Cikgu Azlan, Cikgu Shaiful, Cikgu Rejerki, Cikgu Larry, Cikgu Madelina, Cikgu Tomat, Cikgu Simri, Cikgu Saiful, Cikgu Salo, Cikgu Seli, Cikgu Anton, dan GB. Terima kasih di atas tunjuk ajar anda sekalin. Ku bermohon kepada Allah, agar doa-doa kalian dimakbulkan dan sentiasa dirahmati Allah.

~Hikmah perpindahan itu, adalah bersama dengan isteri yang tersayang untuk berkhidmat di SK Long Sepiling Baram. Dari kategori pedalaman 3 ke pedalaman 1, makan masa yang agak lama menyesuaikan ekonomi rumah tangga. Rahmat Allah sekali lagi, duduk dalam kuarters yang sama beerti belanja dapur satu sahaja. Sekali lagi rahmat dari Allah bersama dugaanNya. Sudah berkahwin, beerti ingin menimang anak. Allah uji kami sekali lagi. Belum mendapat zuriat lebih kurang dalam setahun bernikah. 4 bulan pertama, aku berdoa dan terus berdoa. Tidak dilupa doa nabi Ibrahim, " Rabbi latazarni fardaw waanta khairul warisin.." Setiap kali bersolat, aku memilih untuk bersujud dengan lebih panjang supaya mempunyai masa yang lebih lama untuk mendekati Allah dengan hajatku. Aku bermohon agar dikurniakan anak lelaki supaya dapat menemani aku ke masjid. Menjadi imam kepada ummienya. Subhanallah.. awal April, isteriku didapati sah mengandung. Lantas ku menyembah bumi, sujud syukur di atas berita gembira yang telah dikhabarkan Allah. Terima kasih Allah di atas kurniaan rezeki yang tidak terhingga.

~Namun ada masalah yang timbul pada tahun lepas. Apabila bekas anak murid silat pula melalak menghina dan menjatuhkan maruah aku di sebuah laman sosial. Hikmanya, aku mengetahui isi hati manusia yang sentiasa berniat khianat ke atas aku. Syukurlah.. Sebelum terlambat, aku sudah mengetahui sapa benar, siapa yang salah.

~Hampir 7 bulan berkhidmat di SK Long Sepiling, aku mendapat tawaran dari Cikgu Aziz untuk jawatan FasiLinus di PPD Baram. Aku terima tawaran setelah aku bersolat isthikarah memohon pertunjuk dari Allah. Terima kasih Cikgu Aziz di atas pelawaan tersebut. Aku bertanya kepada Allah, dan Allah menjawap melalui ibu dan ayahku, dan juga isteriku. Semuanya bersetuju asalkan aku sanggup menanggung bebanan kerja di pejabat. Aku bertanya kepada abangku, dia juga bersetuju. Kakak ku pun turut bersetuju, kecuali kakak sulungku yang tidak bersetuju kerana cuti pasti tidak sama dan masa dengan keluarga juga akan mendapat kekangan. Aku kuatkan hatiku, dan akhirnya tepat 3 hari dalam bulan ramadhan, aku mengucapkan selamat tinggal kepada warga SK Long Sepiling kerana mendapat arahan bertukar ke PPD Baram. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada warga SK Long Sepiling terutamanya GB, Cikgu Sandom Aji, Cikgu Wilso, Cikgu Hamdan, Cikgu Yusuf, Cikgu Peter, Cikgu Ahmar, Cikgu Jenni,dan juga kepada Cikgu Dayang Khalizah (isteriku) di atas kesudian menerima aku sebahagian daripada keluarga SK Long Sepiling. Banyak pekara yang aku pelajari semasa menjadi guru di sekolah ini. Aku berbangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah SK Long Sepiling.

~Bermulalah kehidupan sebagai seorang pegawai di PPD Baram. Aku bersyukur, kerana Allah telah menguruskan kehidupan aku dengan sebaiknya. Kerana Dialah sebaik-baik Pengurus. Aku sentiasa meletakkan tawakal setelah berusaha dan sentiasa bermohon agar dosa-dosa manusia yang mengumpat aku diampunkan dosanya, diberikan pahala, diberikan sinar hidayah. Sepanjang di PPD Baram, Cikgu Aziz banyak membantu aku dalam hal-hal pejabat. Tak dilupa, Cikgu Zumadin, Cikgu Emilia, Cikgu Aina, Cikgu Emilia, Cikgu Hajijah, (Pengurusan Akademik), Cikgu Haji Wan Mohamad (Unit Pembangunan) Cikgu Azid (Timbalan PPD Baram) dan Cikgu Borhan (PPPD Baram). Terima kasih di atas tunjuk ajar kalian. Semoga Allah mengurniakan kalian keberkatan dalam mencari rezeki, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dikurniakan hati yang sentiasa condong kepada Allah jua.. Semoga diberkati kehidupan di dunia dan akhirat.

~Tepat 11.35 pagi , 15 Disember 2012, maka satu lagi nikmat Allah telah dikurniakan kepada aku... MUHAMMAD KHALID HAFIZI @MUHAMMAD KHALID SAIFULLAH AL-MASLUL BIN MUHAMMAD KHAWAR HEZAZY. Anak pertama aku dan isteri yang telah menunggu 1 tahun 11 Bulan 26 hari ( 4 hari lagi sebelum anniversary aku dan isteri). Dengan limpah kurniaNya, kami dianugerahkan seorang putera yang bakal menjadi mujahid Allah. Insya Allah.

~Tapi, Allah hadirkan dugaan kepada aku dan isteri.. Mula-mula kelahiran Khalid adalah melalui pembedahan. Kemudiannya, setelah 3 hari di wad, Khalid masuk wad kanak-kanak sebab disyaki Jaundice. Tinggi juga SB Khalid masa tu. Faktor utama sebenarnya, susu ummi masih belum keluar. Anak jadi kurang menyusu. Bila kurang menyusu badan tidak dapat memproses kelangsungan hidup.. Maka, terjadilah penyakit kuning. Dugaan datang melanda, tapi hikmanya terlalu besar hendak dibandingkan dengan dugaan yang melanda. 1. Aku mengenal erti kasih sayang seorang ABIE @ AYAH.. rupa2nya, itula perasaan yang dialami oleh AYAH semasa kelahiran aku di dunia ini. Begitu tabah dalam mengharungi kehidupan dengan harapan anak sihat sepenuhnya.
2. Kasih sayang seorang UMMIE @ Ibu.. Begitulah kasih sayang seorang ibu. Walaupun selepas menjalani pembedahan, dia tetap gagah dalam memberikan kasih sayang kepada anaknya. Thanks my dear love.
3. Kasih sayang seorang suami kepada isteri. Sukar nak dinyatakan dalam ini bagaimana rasanya. Sampai tidur, makan dan mandi pun terasa keresahan yang sukar hendak dinyatakan.
4. Bertindak diluar batasan. Kesabaran aku ada limitnya. Hampir sahaja Doktor Pelatih menangis kerana aku telalu emosi.
5. Sabar di jalan Allah.. jangan hanya duduk tanpa usaha. Jangan hanya berusaha tanpa DOA!!
6. Semuanya adalah kerana Allah jua...

Sambung... azan zuhur dah berkumandang..

1 ulasan:

  1. semoga anda sekelurga sentiasa dalam lindungan Allah

    BalasPadam

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...