Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, baginda Rasulullah s.a.w. Segala kasih sayang baginda, menelusuri zaman biar pun 1400 tahun sudah meninggalkan kita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas baginda dan keluarga.
~Alhamdulillah, hari ini hari ke2 terakhir dalam bulan Febuari. Maklumlah, tahun ni "tahun lompat". Bertambahlah hari dalam tahun ini kepada 366 hari. Maka kita beroleh satu hari lagi untuk beramal soleh kepada Allah. Biasalnya, yang menyambut ulangtahun perkahwinan atau menyambut hari lahir dan sebagainya, hanya menyambutnya 4 kali setahun. Tentunya setiap tahun dinanti dengan penuh kesabaran demi keutuhan dalam diri.
~Malam tadi, Kanda Feriz Omar (Pembantu Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia) called. Masa tu, aku dah tidur. Letih kerana seharian bekerja di pejabat. Tak sempatlah berbual dengan Kanda Feriz. Mungkin ada benda nak dinasihatinya berkaitan dengan pejuangan bangsa dan agama. Kanda Feriz ini terkenal kerana perjuangannya dalam menegakkan perjuangan orang Melayu. Bagi yang tak kenal tu, Kanda Feriz ini adalah suaminya kepada Fifi Khairunisa , selebriti di televisyen satu ketika dahulu. Harap beroleh masa untuk call dia balik hari ini.
~Terfikir, semua orang nak jadi 'samseng' tapi jarang kita dengar orang bercerita nak berubah, nak jadi ulama nak jadi orang baik. Semua nak jadi paling 'atas'. Tak semua orang nak jadi orang 'bawah'. Sedangkan, hakikatnya, semakin kita ke atas, semakin banyak tanggungjawab dan 'amanah' yang perlu dipikul untuk dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Setiap detik, setiap saat akan dipersoalkan apakah tujuannya disisi Allah semasa menjalankan tugas atasan. Bila kita dibawah, kita hanya menurut yang atas. Sudah lumrah kehidupan. Janganlah kita mempersoalkan amanah Allah. Tapi, persoalkan bagaimana kita menjalankan amanah Allah.
~Penyakit HFMD (Penyakit tangan kaki mulut) kian menular di Sarawak. Semalam sahaja dah dilaporkan sebanyak 300 kes sudah berlaku dikesan. Kes tertinggi di Kuching sebanyak 100 lebih. 80 lebih ditahan di hospital. Penyakit ini sedikit sebanyak merisaukan aku yang ada anak kecil. Maka, ianya akan menyukarkan pergerakan aku pergi-balik ke Miri. Nak pergi Miri pun fikir 2-3 kali sebab bimbang anak dijangkiti penyakit ini. Semoga asma' Allah dapat mengembalikan penyakit ini kepada asal-usulnya. Mudah-mudahan anak aku tidak dijangkiti penyakit ini. Namun setakat ini, tiada kematian yang dilaporkan.
~Rutin harian kian berubah. Jika 2-3 bulan lepas, aku ke ofis 5 minit lagi sebelum jam 8, sekarang sebelum jam 7.20 aku sudah berada di ofis. Sebabnya, nak hantar isteri tercinta ke sekolah dahulu dan terus ke pejabat. Malas nak balik ke rumah lagi. Dari rumah sewa ke SK Good Shepherd, memang dah tak jauh. Dari SK Good Shepherd ke Pejabat Pelajaran Daerah Baram, pun tak jauh. Semuanya dekat. Si anak kecil pun ikut masa abie dan ummie nya bangun seawal jam 6. Mesti tak tidur lagi sampailah jam 8-9. Mungkin nak hantar abie dan ummienya kerja kot. Pekara rutin terbaru aku, cium anak sebelum pergi kerja. Rutin tetap tak sama macam dahulu.Semuanya berubah setelah mempunyai anak. Semoga Allah mengurniakan keberkatan dalam mencari rezeki halal ini.
~Bebanan kerja semakin bertambah sejak dua menjak ini. tekanan dan stress melampau-lampau. Tapi, setakat ini, aku masih mampu bertahan dan bersabar dengan semua karenah. Bimbang nanti, kaki naik, tangan turun, payah juga dikerjanya. Astaghfirullah hal azim..
~Mulakan hari ini dengan bismillah.. bertawakal kepada Allah.. akhiri dengan alhamdulillah.
Cari Blog Ini
Selasa, 28 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan