Assalaumalaikum dan salam sejahtera..
Hari ini, aku ciptakan satu quote, "Semalam kutinggalkan, hari ini aku gagahkan, esok aku nantikan.." . Mengapa perlu diciptakan quote ini ? Jawapannya, terletak kepada kemampuan aku untuk menulis blog ni. Semangat berkurangan, kerja bertambah pula. Sebab itu Allah menguatkan firman Nya dari lidah Rasulullah s.a.w.. " Ingat 5 pekara sebelum datang 5 pekara.."muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum masa sempit, dan hidup sebelum mati"
~Berdasar hadith Rasulullah tadi, aku sudah menghampiri "masa sempit" aku di mana kebanyakan masa sudah dihabiskan untuk bekerja, keluarga dan tanggungjawab lain. Sehingga sukarnya mencari masa untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t. Aduh..sukarnya mencari masa jika hati dan badan ini dilingkari dunia dan nafsu? Sungguh sukar untuk mencari ketetapan masa hatta masa itu ada yang terluang untuk berkhidmat kepada Allah taala. Setiap detik mencari alasan untuk berehat...
~Kalbu/hati.. hati semakin keras untuk dilembutkan mendengar alunan zikrullah dan ayat-ayat Allah. Ayat-ayat cinta yang boleh menghapuskan keresahan. Kekuatan dalaman yang aku perolehi ketika aku berada di pedalaman Sarawak satu ketika dahulu. Benarlah apa yang dikatakan, jika kita bersendirian, lebih dekat kita kepada Allah berbanding dengan berada di bandar yang penuh dengan aktiviti. Jika di dalam tempat yang sunyi dan sepi, hati mudah terpaut untuk mendekati Allah lantaran kepiluan yang melanda. Semoga kita beroleh ketenangan biarpun di mana kita berada.
~Sebagai seorang guru, seorang pendidik anak bangsa, adalah menjadi keutamaan kita untuk mendidik anak bangsa supaya boleh menjadi insan berguna. Kita merupakan model yang paling popular kepada anak-anak kita untuk ditiru dan diteladani. Kalaulah kita sendiri tak terdidik, bagaimana hendak mendidik anak bangsa? Boleh ka seorang ustaz mengajar anak muridnya berakhlak baik sedangkan ustaz sendiri terjerumus dalam kancah penukaran jantina? Wallahualam.
~Bolehkan kita tidak menjadi anjing jalanan yang hanya menyalak namun jika diacah berlari ketakutan tetapi kembali menyalak semula? Sebagai seorang cikgu, beristilah PROFESIONAL, hendaklah melaksanakan tugas seiiring dengan tuntutan beragama. Melalak lalak bagaikan tak tahu etika, seumpama anjing jalanan tadi. Berani bersuara, bila bersemuka, pijak semut pun tak mati. Tapi, kalau bab hentam menghentam, bukan main berani. Nauzubillah. Cikgu, kita dibayar gaji. Kita diajar untuk beretika. Jika mempunyai masalah berkaitan dengan pentadbiran sila hubungi dan berjumpa dengan saluran sepatutnya. Bukan melalak di dalam laman sosial dan seumpamanya. Dan yang lebih sadisnya, manusia yang "tikam batu sembunyi tangan.," Ni lah pengecut yang paling samdol.
~Di semperna cuti sebegini, mari kita merenung kembali tujuan utama kita dalam bidang perguruan ini. Core bussines kita adalah pelanggan kita. Pelanggan kita adalah murid-murid kita. Tanpa ukuran kejayaan kita, kalau dari segi manusia, ukuran berdasarkan kebolehan 3M. Kalau dari segi Kementerian berdasarkan pencapaian, dan segi Islam.. ikhlaskah kita mendidik mereka? Bagaimana hendak tahu ikhlas dari segi pemahaman kita sendiri.." Tak ada merungut jika ada kekurangan sebab manusia itu semuanya LEMAH"..
~Boleh ke? tak boleh, dipersilakan untuk BERSARA dan BERHENTI kerja. Ramai lagi nak jadi guru. Kalau setakat nak jadi guru yang hanya hendak tahu melalak, tolonglah berhenti. Anak bangsa tidak memerlukan anda untuk mendidik mereka jika begini akhlas yang dipertunjukkan. Tolonglah.. Jangan merungut. Saya pun pernah di pedalaman... Pedalaman 3 lagi tu. Sama jauhnya dengan Long Jekitan, Long Lamei, Long Banga dan seumpamanya. Semua dah saya tempuhi. Jalan balak putus (2 bulan terperap dalam sekolah), tiada perkhidmatan internet selama 9 bulan, generator minyak habis selama 1 bulan, dan macam-macam lagi. (** Kredit to PPD Belaga yang sentiasa ambil berat..).
~Semua orang susah di dalam sana. Sapa yang tak susah. Susah hati, susah mati. Semua susah di sana. Lebih-lebih lagi SK Long Busang, Belaga.. semua sedia maklum di Belaga, Long Busanglah yang paling jauh selepas Lusong Laku. Bukannya macam nak pegi ke Long Bedian, duduk dalam 4 wheel yang ada penghawa dingin (kadang-kadang rosak jugaklah).. Dari Putai nak ke kampung Long Busang, kena berdiri di belakang weh!! Bukan 1-2 jam.. kadang-kadang sampai 6-7 jam.. Bukan orang saja yang dibawa, kadang-kadang, tong minyak, makanan asrama.. Ada sekali masa boleh penuh sampai nak terjatuh berpaut pada besi kereta. Dahla kereta single kabin.. Kena jalan lagi sampai 45 minit untuk ke sekolah.. Bawak barang lagi.. ish.. Kredit juga diberi kepada Cikgu Larry Rijau (6 tahun sudah), Cikgu Rejerki (5 tahun), Cikgu Sim (11 tahun), Cikgu Saiful (11 tahun) dan yang lain-lain kerana berkhidmat tanpa jemu di SK Long Busang...
~Nah.. apa lagi hendak dikatakan? Semuanya pernah mengalami masalah serupa. Tak perlu dihebahkan siapa dan di mana kerjanya. Biarlah ikhlas kerana Allah jua...
~
Cari Blog Ini
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...