Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Subhanallah. walhamdulillah, Allahuakbar, Laillaha illallah, Muhammad Rasulullah...
~Berada dalam tekanan yang memuncak. Macam-macam dugaan datang melanda. Pening dan agak kekurangan semangat. Mungkin kurang dalam amalan-amalan ke syurga. Mungkin kurang mengalun ayat-ayat cinta. Ya Allah, kuatkan semangatku dalam mengharungi kehidupan ini. Semoga cinta yang dibina ini, sentiasa berlandaskan keteguhan iman dan bukannya semata duniawi semata-mata.
~iNGATAN.. INI BUKAN PROMOSI PRODUK OK!! INI PENGALAMAN AKU SEBAGAI SUAMI YANG "SERONOK" DENGAN PERUBAHAN ISTERI YANG DICINTAI..
~Tajuk post hari ini, berkaitan dengan sesuatu yang menakjubkan aku. Subhanallah.. Dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah ini, rezeki yang Allah kurniakan sehingga hari ini cukup dan mencukupi bukan untuk aku isteri dan anakku, bahkan ibu dan bapa ku serta kaum keluargaku turut mendapat tempias rezeki Allah ini. Rezeki bekerja ini bukan dimakan sendirian, malahan aku berusaha untuk menyediakan ianya kepada orang yang memerlukan. Aku yakin, duit dan segala macam yang aku perolehi itu, semuanya milik Allah jua. Dalam menjalani kehidupan ini, apa salahnya kita berkongsi. Sebab semuanya bukan milik kita, tapi milik Allah jua. Duit itu pun, Allah yang bagi. Nasi yang kita makan hari ini, itupun rezeki dari Allah jua. Kalau kita kata kita punya, masakan ada yang dibuang (sisa makanan) atau dimakan oleh makhluk Allah lain? Allah lah pengurus kehidupan kita. Allah jualah pemberi makanan kepada kita.. Dan kepada Nya jualah kita PASTI akan kembali!!
~Lepas isteri aku melahirkan anak sulung, dia mula terfikir untuk menghiaskan diri untuk aku. ISteri mana yang tak sayang suami? Jadi, dia terfikirlah untuk cari produk yang baik untuk kesihatan supaya dapat juga mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak. Jadi, kawannya mencadangkanlah satu produk iaitu "Premium Beautiful" atau singkatannya PB. Harganya RM 2000+++. Aku terkedu. Mahal woo.. bukannya murah. Gaji sebulan tu. Aku sangsilah pada mulanya. Tapi, sebagai suami, aku harus memberi peluang kepada isteri untuk mencuba kerana duit untuk membeli itu bukanlah dari hasil titik peluh aku, tapi titik peluhnya sendiri. Bukan dayus, tapi itu toleransi. Bukan untuk orang lain juga, untuk suami yang halal juga.
~Terus terang aku katakan, aku begitu tidak meyakini produk ini kerana pada zaman sekarang kita dihidangi pelbagai produk kesihatan yang kadang-kadang membahayakan nyawa. Tapi, produk keluaran Hai-O ni, bukan di makan/consume. Tapi di pakai bagi membentuk badan. Aku berfikir dan berfikir bagaimanalah produk ini berfungsi sedangkan ianya hanya satu korset yang bernilai ribuan ringgit. Masya Allah.. sebagai isteri yang solehah, wajib baginya berhias untuk suami. Wajib baginya menampakan kecantikkannya hanya kepada suami. Aku terus membenarkan.
~Yalah, duit bukan benda yang boleh dibuang tanpa faedah yang menguntungkan diri. Bila produk itu sampai, aku mula menerjah ke blog-blog mereka yang telah mencuba PB ini. Kebanyakkannya DOKTOR malahan Datuk Siti Nurhaliza turut memakainya!! Bukan calang-calang orang memakai produk ini. Atau semuanya omongan kosong sahaja.. Sebab itu aku hanya memerhati sang isteri memasang korsetnya setiap hari... pada mulanya, berat isteri aku ni 67-68kg. Baju waktu zaman mula-mula kawen semuanya dah 'sendat' @ 'sempit'. Memang fit sangatlah malahan langsung xdapat pakai. Banyak baju kurung tak boleh nak dimuatkan. Lepas melahirkan anak, banyak benda akan terjadi macam 'strech mark', kesan jahitan, kesan-kesan lain yang sulit nak dibicarakan.
~Dari hari pertama, sehingga sekarang masuk sebulan.... terdapat perubahan yang NYATA dan langsung tak boleh nak disangkalkan.. Mungkin kesannya kepada isteri aku berbeza dengan orang lain. Just imagine, dari berat 68 kg, sekarang sudah turun ke 64 kg dalam masa sebulan tanpa bersenam. Aku yang hari-hari bersenam dengan drumbell pun susah nak turun berat inikan pula tidak bersenam. malahan selera makan isteri aku bertambah-tambah. Perbezaan paling ketara adalah selepas 4 hari isteriku memakai nya.. Biasanya perempuan selepas melahirkan anak atau semasa mengandung, dibawah ketiaknya akan berubah warna kehitam-hitaman. Selepas 4 hari memakainya, kesan itu seakan-akan sudah tiada. Aku terkesima.
~Kesan 'strech mark' secara pelahan-lahan hilang. Kitaran haid bermula setelah 4 bulan melahirkan anak. Korset sedikit sebanyak membentuk struktur badan yang kendur selepas melahirkan anak. Aku berkata sedemikian, kerana aku seronok melihat perubahan ini. Aku seronok, kerana isteri aku seronok dengan perubahannya. Aku sekadar tumpang gembira saja. Hehe..
~Kesan jahitan selepas 'ceasarian" pada mulanya langsung isteriku tak nampak kerana atasnya dilaputi oleh lebihan lemak selepas mengandung. Selepas 1 minggu, dia dah boleh melihatnya kerana lapisan lemak telah dibuang.. aduh menakjubkan.. Aku tak nak cakap lebih.. takut orang kata aku promote pulak.. Hehe... Aku sendiri nak kurangkan berat badan.. insya Allah..
~Mencuba tak salah, yang salahnya melawan hukum..
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan