Cari Blog Ini

Jumaat, 20 April 2012

20.04.2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah.. Semoga kasih sayang Nya mengalir dalam diri menjadi kita insan yang sentiasa diberkati dalam kehidupannya.. Hari dah 20.04.2012 bersamaa dengan 28 Jamadilawal 1433 H.. Dugaan datang dalam pelbagai cara. Adanya susah untuk kita hadapi, dan adakalanya terlalu berat sehingga menyesakkan dada. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah mendatangkan kesusahan sesuai dengan keadaan dirinya. Sebab Allah tahu kemampuan kita.. So, sentiasalah bersyukur kerana syukur itu mudah diungkap, tetapi sukar untuk digerak di dalam hati.

~Salam jumaat kepada semua hamba Allah yang sentiasa mencari keredhaan Nya. Rebutlah keberkatan dalam penghulu ini. Janganlah dibiarkan belalu tanpa sedikit pun mendatangkan faedah kepada kita. Rebutlah peluang membersihkan diri dari kekaburan dosa yang semakin menggelapkan pandangan kita dari cahaya syurga. Rebutlah syurga yang di dalamnya ada pelbagai keindahan yang tidak pernah ada terbayang sedikit pun di dunia ini. Dan rebutlah.. redha ALLAH kerana dengan REDHA NYA sahaja... terselamatlah kita dari azab neraka.



~Masakan segala ibadat itu teramatlah berat. "Solat itu amatlah berat kecuali kepada meraka yang beriman". 5 minit solat terlalu payah berbanding bersosial di halaman Facebook dan sebagainya. Sukarnya manusia hendak mengingati Allah dalam setiap perilakunya. BEgitu jauhnya Allah di dalam hati. Begitu kerasnya hati jika hendak mengingati nama Allah pun sukar.. Kalau hati begitu keras, terjadilah pelbagai masalah kepada perilakunya. Sifat sombong, mengeji dan takabbur sering menjadi dinding kepada kita. Marah jika terjadi sesuatu yang tidak menyenangkan. Marah jika dijeling. Marah jika di hon oleh kereta lain. Marah jika orang mengeji. Ketahuilah.. jika hati kita lembut kepada Allah, nescaya pekara sebegitu hanyalah sekelumit ujian dari Allah. Ujian sedemikian akan memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah. Bertambahlah kekuatan dalaman kita. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kegagahan seorang lelaki bukan terletak kepada berapa banyak ianya menumbangkan lawan, tetapi bagaimana ianya menahan marah". Menahan marah sebanyak yang mungkin dengan harapan Allah akan membalasnya dengan cara yang lain. Dan beringatlah, padang mahsyar tetap menjadi medan utama pembalasan. Biarpun lama, tapi ianya PASTI..

~Cuba kita alihkan sedikit sebanyak kehidupan seroang muslim/muslimah yang soleh/solehah ke dalam profesion perguruan kita. Memang senang bagi orang macam aku menyatakan sedemikian. Tetapi hakikatnya, memang sukar untuk dilaksanakan. Masakan aku hendak berhujah di sini, jika aku sendiri tidak menghadapinya. Setiap ujian yang datang dari Allah, adalah mengikut keupayaan masing-masing. Ujian dari Allah bukan datang dengan musibah yang berpanjangan, tetapi dengan hikmahnya yang tersembunyi yang jarang sekali kita ungkapkan dalam bentuk pujian dan syukur. Sebagai contohnya, ditempatkan di kawasan pedalaman untuk sekian waktu, itu adalah ujian dari Allah untuk da'e. Berapa orang da'e yang boleh bersabar ?? Sukarnya untuk bersabar. Pengorbanan kita selama bertahun-tahun di pedalaman, kadang kala akan terlebur segala kebaikannya bila mana kita memarahi pihak yang menjalankan urusan-urusan perpindahan bagi kita. Bayangkan 4 tahun berkhidmat, berkorban siang dan malam. Dengan perjalanan yang menyukarkan kita. Susah payah jerih dihabiskan segala pahala berkhidmat tadi hanya dengan satu ungkapan marah..

~Menahan marahnya kata orang biar bersebab. Tapi, sebagai umat Muhammad s.a.w., baginda hanya marah apabila melibatkan kemurkaan dari Allah.. Sesungguhnya, Saidina Umar al Khattab seorang yang pemarah dan Amirul Mukminin yang sentiasa memperjuangkan kebenaran sehingga di gelar al-Farouq oleh Rasulullah tapi masih mampu bersabar jika isterinya meleter.. Bayangkan.. itulah dikatakan SABAR. Sabar itu seumpama sebuah gunung yang tinggi, makin didaki semakin sukar jadinya. Semakin payah, semakin di daki, semakin tidak ketemu dengan puncaknya. Tapi, sabar itu seperti madu, walaupun sedikit.. tapi manisnya tidak terkata. Renungkan..

~Jangan mudah melafazkan kemarahan.. berilah ruang hati yang marah untuk memperingati Allah.. biarlah kita mengadu segala kemarahan kita kepadaNya. Allah lebih suka amalan orang yang berdosa memohon keampunan merintih kepada Nya, berbanding amalan zikir-zikir seorang ulama.

~Bulan Jamadilakhir bakal menjelma. Selepas Jamadilakhir, Rejab pula bertandang. Selepas Rejab, Syabaan pula bakal menjenguk.. dan akhirnya bulan menyemai pahala, yakni Ramadhan akal menginjak ke halaman nurani. Berusahalah menjadi manusia yang baik. Tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya usaha itu ada. Dan Allah lebih menyukai amalan yang sedikit tetapi istiqamah berbanding dengan amalan yang banyak tetapi kurang istiqamah. Aturkan jadual hidup. Kita merancang segala perjalanan kita, tapi Allah jualah yang akan menentukananya. Kalau hendak memperbetulkan diri, bermulalah dengan SOLAT. Kerana solat itu tiang. Bagaimana hendak mendirikan rumah jika tiangnya tidak ditegak. Kukuhnya sebuah rumah bergantung kepada tapak tanah dan juga tiangnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...