Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dihormati..
~PSKPP Baram sudah berakhir semalam. Banyak sukan dipertandingkan pada tahun ini, Ramai juga yang tercedera sebab mengikuti beberapa acara sukan. Semangat kesukanan itulah yang menyebabkan sukan terus berkembang. Walaupun tidaklah sepandai Safee Sali mahupun Datuk Lee Chong Wei, memadailah sekadar membebaskan tekanan semasa di sekolah. Anyway, syabas kepada semua guru yang terlibat. Insya Allah, tahun depan kita jumpa lagi.
~Hari ini, 30.04.2012, hari terakhir untuk semua pemohon mengisi eg-Tukar. Diharap semua TINDAKAN PENGESAH akan dapat dibuat sebelum jam 12.00 tengah malam ini. Jangan terlalu asyik berseloka, jangan terlalu mengharap kepada manusia. Sandarkan harapan hanya kepada Allah. Semoga diberkati selalu hidup kita yang singkat ini.
~Esok aku akan berangkat ke Kuching untuk menghadiri kursus EMIS DATA ONLINE di Grand Continental Kuching. Aku harapkan segalanya berjalan dengan lancar. Jangan ada yang tersinggung kerana tidak dapat pergi. Untuk pengetahuan semua bloggers, portal PPD BARAM telah ditutup untuk diakses lagi. Apa sebab kemungkinannya tak perlu dinyatakan. Tapi, aku mengharapkan segala ilmu itu, untuk dicurahkan pula kepada mereka yang benar-benar ikhlas menghargai pengorbanan aku.
~Kepada anak-anak murid ku terutamanya di gelanggang Rosli Dhoby khasnya... Renungkan, kita bermula dari sifar pada tahun 2009. Masih ingat lagi siapa yang mewakili Sarawak masa tu? Ehsan, Shamyr, Nazrin, Awangku, Hisyam , Shafik, Norhamirah, Dayangku, Ira dan Eika. Kalau dah lupa, tolong ingatkan. Kita bermula di situ. Dari kekalahan, kita bina pasukan yang mantap. Sekarang, ada yang telah berpaling arah kerana tersilap percaturan termakan pujuk rayu KEMEGAHAN. Kalau bukan kerana SMD 2009, mana mungkin terdedahnya kita kepada perkembangan silat. Sebagai balasan untuk kemenangan kita, aku terpaksa mengambil CUTI TANPA GAJI selama 30 hari untuk untuk mendidik dan mengajar pesilat untuk bertanding. 15 hari dipotong gaji bulanan. 15 hari lagi dipotong untuk 15 bulan selepas berpencen. Apa yang anak bini aku nak makan selepas 15 bulan berpencen? Itu pun susah nak dikenang dan dihayati....
~Kalau macam itu, aku pun boleh buat.... kesian tengok anak isteri nanti.. apa yang kami nak makan selepas 15 bulan aku berpencen? Gaji disekat... adoyai.. pengorbanan yang sebegitu langsung tak dihargai.. Mengungkit satu pasal, sakit hati pulak satu pasal. Alahai.. terus mood hilang lepas teringat dengan kes budak silat derhaka.
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan