Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah.. Rejab sudah menjelang, tidak lama lagi, Ramadhan pula akan bertandang.. Kerinduan kepada Ramadhan semakin terasa di kalbu. Jom, kita menggunakan kesempatan yang pada bulan Rejab dan Syaaban ini untuk 'kembalikan' keupayaan kita untuk beramal dan beribadah kepada Alllah. Kembali kan semuanya kepada fitrah, sebelum datangnya bulan Ramadhan yang mulia.
~Bulan Mei, bulan yang menyiksa fizikal.. Mana tidak, dalam bulan Mei, aku cuma berada di pejabat hanya 3 hari sahaja dari keseluruhan bulan. Masya Allah.. Kerja aku memerlukan travel seluruh pelusuk negeri Sarawak. Dari Marudi ke Kuching, ke Sibu, ke Long Lama, patah balik ke Sibu then ke Kapit, ke Miri balik lagi ke Kuching.. Pa banyak 'ke' dah.. Menyeksa fizikal. Aku nak kata suka, tak juga. Nak kata tak suka, tak juga. Tapi, yang penting.. sejauh mana kita bekerja kerana Allah olehnya.. Jangan penuhi amalan dengan riak. Dan yang penting, SOLAT sama sekali tidak ditinggalkan kerana PENAT.
~Bagi orang yang suka meninggalkan keluarga, ini mungkin masa yang sesuai untuk mengabaikan tanggungjawab/peranan dalam rumahtangga.Apabila berjauhan, maka segala tanggungjawab pasti kita akan abaikan. Makan minum anak, kebajikan isteri/suami, penjagaan anak dan sebagainya. Aku sentiasa menguatkan hati, memohon kepada Allah s.w.t agar terlindung dari sikap 'lepas tangan' sepanjang menjadi IMAM kepada keluarga aku. Sebagai ketua keluarga, aku harus menumpukan segenap perhatian supaya peranan aku tetap ada di hati setiap ahli keluarga biarpun aku jauh dari mereka. Tugas dan tanggungjawab diambil sepenuhnya oleh isteri tercinta sebagai tanda ketaatan. Apabila kita gagal memainkan peranan kita dalam rumah tangga, maka goyahlah ikatan yang terbina sekian lama.
~Sengaja dan suka meninggalkan keluarga, bukanlah menjadi permainan dalam hidup aku. Kekangan kepada perjalanan ini menyebabkan aku harus melangkah kaki mencari rezeki untuk anak isteri. Berbahagi kepada pekerjaan, kalau boleh dilaksanakan oleh orang lain, maka uruskanlah dengan orang lain juga. Kerja kuat boleh membuat kita penat dari segi fizikal dan mental. Tambahan usia kita semakin meningkat. Sebaliknya, kita bekerja secara bijak. Kalau keperluan modal insan banyak dalam satu-satu unit, turunkanlah kepercayaan kepada insan lain dengan harapan semua mendapat faedah bekerja dan kepuasan bekerja. Jika sendiri-sendiri, kepuasan hanya pada kita, sedangkan orang bawahan hanya goyang kaki. Ketua yang baik bermula dari pengurusan yang baik. Tidak pernah lahir jabatan/organisasi yang baik lahir dari ketua yang lemah dan sebaliknya. Itu petikan dari kata-kata Tuan Haji Abdul Rahman , Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
~Pengurusan masa bekaitan dengan alam pekerjaan itu juga penting. Namun, keluarga juga harus diutamakan demi sebuah keluarga yang mawaddah wa rahmah.. Semoga diberkati Allah hendaknya jua. Ada perlu juga kita meluangkan masa dengan isteri/suami selain tidur sekatil dengan isteri/suami. Luangkan masa bergurau senda seperti mana ditunjukan oleh Rasulullah s.a.w kepada isteri-isteri baginda. Sehingga ada hadis meriwayatkan, Rasulullah s.a.w berlumba lari dengan Aisya r.a.
~Mungkin kita tidak terlihat kerana khilaf kita sebagai manusia. Seharian bekerja, masa petang kita luangkanlah sedikit untuk bersama keluarga. Adakan aktiviti riadah bersama keluarga. Kerana jatuh bangun kita nanti, ada keluarga menyambutnya. Berikan perhatian kepada isteri/suami. rapatkan jurang dengan berkasih sayang kerana Allah..
~Semoga Allah memberikan aku kekuatan dalam melaksanakan semua tugas dan amanah yang telah diberikan kepada aku, baik dari bidang pekerjaan, mahupun keluarga..
~Jutaan terima kasih yang tidak tidak terhingga ku ucapkan kepada semua terutamanya Ayahanda Uthman Bin Ramli, Bonda Sa'adiah Binti Salleh kerana memberikan kebahagiaan dan kesempurnaan dalam kehidupan walaupun tidak berpendidikan tinggi. Dengan segala pekerjaan, sehingga menjual kuih demi anak-anak, malah terjatuh dari motorsikal dan bertaburanlah kuih di atas jalan raya demi mencari sesuap rezeki yang halal ke mulut anak yang tersayang. Ayahanda pula bertarung nyawa di atas kapal menjalankan tugas sebagai Polis Marin demi pendidikan anak-anaknya..
~Jutaan terima kasih juga kepada saudara-saudara yang aku cintai terutamanya Kak Atie, Abang Hamzah, Kak Kas, Dik Ehsan di atas sokongan dan didikan serta tunjuk ajar sehingga aku menjadi aku yang sekarang. Pengorbanan semuanya tidak dapat dilupakan sehingga jasad di mamah bumi sekalipun..
~Buat isteriku yang tercinta, Dayang Khalizah Binti Awang Batu.. kaulah sumber inspirasiku.. Engkaulah permata yang ku cari.. Teringat sewaktu kita bertunang dahulu.. lafaz-lafaz sering tak terungkap.. Kata-kata seringkali terpendam. Lafaz keramat disimpan kerana bimbang jua disalah anggap.. "Lafaz yang tersimpan.."
Muhammad Khalid Hafizi menjadi bukti kepada cinta kita..
~Pengembalian Fizikal yang lemah untuk menjadi kuat semula, bermula dengan pengisian rohani yang tersusun atur. Disusun dengan baik, meningkat ke dari hari ke hari. Matlamat utamanya... kepada Allah.. Oleh itu, kembalilah kepada Allah.. teguhkan keimanan pertingkatkan takwa.. dan yakinilah.. Allah tetap disitu untuk kita...
~SELAMAT HARI GURU, SETIAP HARI ADALAH HARI IBU DAN SETIAP HARI ADALAH HARI BAPA.. DAN SETIAP HARI ADALAH HARI KEKASIH UNTUK ISTERIKU~
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan