Cari Blog Ini

Selasa, 9 Oktober 2012

TaWarAn JaWaTaN aHLi SyUrGa?



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Kepada semua hamba-hamba Allah yang sedang meniti patah perkataan yang keluar dari blog ini, silalah bersedekah al-fatihah kepada semua umat muslimin dan muslimat sama ada masih hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah.. Semoga dengan sedikit sedekah yang tidak seberapa akan meningkatkan lagi ukhuwwah kita sesama Islam.


~Pernah seketika hamba Allah menawarkan jawatan di dalam sebuah Pertubuhan yang dikenali ramai. Ditanya beliau, adakah aku mahu untuk dijadikan 'abang long' kawasan? Aku bertanya kembali kepadanya, adakah dengan jawatan tersebut, dapat menjamin syurga buatku di akhirat sana kelak? Terus terdiam hamba Allah tersebut. Aku menjelaskan makna sebenar dakwah, bukan nya berdiri atas pertubuhan, tetapi dakwah dimulakan diri sendiri, kemudian rumahtangga sendiri, kemudian ahli keluarga terdekat, barulah kepada semua jemaah. Andai sebuah pertubuhan hanya mementingkan kawasan dan keuntungan, maka jangan lupa balasan Allah memang akan datang.


~Allah menjadikan manusia ini sebaik-baik ciptaanNya. FirmanNya:



"Sesungguhnya kami menciptakan manusia sebaik-baik ciptaannya" Surah At-tin ayat 4.


Allah hu Allah.. masakan ini kita tidak berfikir, bahawa perjuangan memperjuangkan sesuatu tanpa asas yang kukuh akan mengelirukan dan menyesatkan ummah. Sorotan kisah dari kejahilan umat Nabi Musa ketika diminta mencari lidah lembu di dalam surat al-Baqarah ayat 67. Allah berfirman:






"Dan (ingatlah), ketika Nabis Musa berkata kepada kaumnya, “ Sesungguhnya Allah menyruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “ Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab:” Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.


Maka renungkanlah.. Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak sama sekali akan ketahui. Manfaatkan dari Pertubuhan @ Jemaah. Maka, ajaklah semua jemaah meramaikan masjid, surau-surau yang terbiar. Maka ajaklah semua jemaah dalam pertubuhan untuk "menguasai" kawasan saf hadapan di dalam solat-solat fardu.Mampukah kita berdakwah sedemikian rupa? Itu adalah sebaik-baik pemimpin. Pemimpin yang memimpin jemaahnya untuk melakukan ibadah amar makruf nahi mungkar. Biarlah mulakan dulu dengan solat. Kerana solat adalah tiang agama. Insya Allah, Allah akan membalas jasa kita kerana Allah sama sekali tidak mengenepikan kita hatta kita ini cuma seekor semut.


~Tiadalah niat untuk menghina atau merendahkan sesebuah pertubuhan. Tapi, hanyalah ingatan kepada yang terlalai dan terlupa. Tiada yang sempurna. Hanya kita sebagai hambaNya jua. Berdakwah, biarlah dengan diri. Bangkitlah semangat mujahadah dalam diri. Hidupkan hati dengan cinta Allah. Hiasi diri dengan peribadi Rasulullah. Kemaskan akhlak dengan al-Quran. Sediakan diri dengan kematian diri. Insya Allah, ada jalannya.


Renungkanlah.. esok belum pasti untuk kita, lenanya kita pada malamnya, belum pasti terjaga pada keesokan harinya. Apa yang ada, cuma hari ini, saat ini untuk kita mengenang dosa yang telah dibuat semalam. Tiada yang lebih indah dalam hidup melainkan mendapat rahmat dari Allah, pertolongan dalam bermujahadah, pertolongan dalam pekara kebaikan dalam hidup. Semoga Allah merahmati semuanya.. Insya Allah..




UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...