Cari Blog Ini

Ahad, 4 November 2012

Oh Allah.... I reaLLY TirEd StAYing In SaRaWak....??

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

~Bahang eg-tukar kian surut pada tahun ini.. Penangan eg-Tukar menyebabkan gelombang tsunami terbahagi kepada dua. Satu ke arah penyusutan dan pembinaan baru ketamaduanan dan satu lagi kearah pemusnahan hidup sendiri. Satu kepastian yang kita perolehi dari cerita eg-tukar, " Bukan kuasa KPM, JPN mahupun PPD". Hendak dilontarkan kepada siapa kemarahan kita? Diantara ketiga-tiga entiti tersebut? Cuba renungi seketika.. Ya kepada siapa hendak dilontarkan kemarahan tersebut??
     --Fikirkan lagi.. nescaya anda hampir kepada jawapannya---

~Cuba fikirkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut ayat 2-3; "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja ,"kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang benar dan orang-orang yang berdusta." So, di mana kita meletakkan nilai kesabaran dan membuang nilai-nilai amarah. Amarah itu sifat syaitan malahan berburuk sangka juga berburuk sangka. Allah sama sekali tidak membebankan kita dengan kita bebanan yang sesuai dengan tahap keimanan kita. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar. Sesungguhnya Allah telah menguji kita dengan ujian yang kita sendiri tak tahu ke mana penghujungnya. Kebaikan manusia hanyalah sekelumit.

~Yang sedihnya, bila manusia bernama guru, yang pada tanggapan kita adalah seorang yang berjiwa mulia dan besar , kerana kegigihannya mendidik anak bangsa, menyamakan orang yang bertungkus-lumus mengadakan kemudahan dan segala-galanya seperti bangsa YAHUDI. Adoi.. sungguh paloi dan amatlah mudah menilai orang. Sedangkan orang-orang pandai berkata, " Setiap kutukan adalah cerminan diri". Jadi, mengutuk orang YAHUDI adalah menyamakan diri dengan YAHUDI jualah akhirnya. Kalau benci, nilaikan kebencian itu, sama ada kerana Allah atau kerana hawa nafsu yang buruk macam sampah itu. Bukankah Allah s.w.t telah memerintahkan manusia untuk menghindari dari menfitnah?

~Bagaimana dengan hati dan perasaan kami yang berkerja dengan istilah. "Saya yang menurut perintah"? Kalau tidak ada kekosongan, nak letak mana lagi? Cuba jawap. Atas pokok? Tak cukupkah dengan pelbagai kemudahan yang telah Allah berikan kepada kita? Ish.. hairan dengan manusia yang kurang bersyukur.

~Dari awal pembabitan aku dalam penulisan blog, sehingga ke hari ini. Aku sentiasa memerhatikan perubahan guru jika tidak dipindahkan. MAsing-masing mempunyai alasan yang kukuh. Kekuatan diri masih lagi utuh. Maka, kembalilah kita kepada Allah dengan sepenuh hati. Allah lebih menyukai hambaNya menangis meratap kepadaNya, memohon keampunan dan merintih memohon kasih sayangNya. Bahkan Allah lebih menyukai tangisan hambaNya memohon keampunan daripada wirid seorang abid.


~Sabarlah dijalan Allah.. Bukan aku tak pernah menghadapi semua kegetiran itu. Cuma. pada waktu itu, aku sentiasa dekat kepada Allah, sentiasa bercakap-cakap kepada Allah.. Sebijak mana kita berhujah, dengan hujah yang bernas dan paling kreatif, dengan kekuatan rungutan, namun adakalanya, rungutan kita cumalah singgah di tepi kain orang. Tak memberi erti, tidak membina ketamadunan manusia.

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...