Ahad, 11 November 2012

OTIS = PITOS ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah sekalian,

~Tangan ligat mengetik huruf di atas papan kekunci. Mencari diri dalam ketetapan illahi. Allahu Allah.. Sukarnya hnedak mencari ketenangan dalam keresahan. Keresahan hati dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah.. Keresahan yang bagaikan batu menghempap di dada. Apakah kepastian bagi aku?

~Assignment penuh dengan kajian penyelidikan. Ayo.. bagaimana nak buat assignment? Nak buatnya dalam masa 2 minggu begitu tak relevan. Dengan kekangan tidak boleh meminjam buku di perpustakaan, asrama yang jauh dari perpusatakaan. Bagaimana hendak menyiapkan semuanya? Hmm.. Kuatkan hati dan kentalkan iman. Kuatkan minda, sihatkan fizikal. Allahu Allah.. Dengan dorongan dari rakan-rakan se'Borneo' yang lain yang penuh kerjasama dan penuh komitmen dan juga rakan-rakan PITOS lain, maka dapatlah jua ditempuhi PITOS ni. Bukan senang nak membahagikan masa, tapi, rakan-rakan Borneo memang hebat dari segi pembahagian masa dan tugasan. Disaat orang sibuk dengan assigment, group ini mampu bergerak dari USM ke Bukit Jambul, Chowtarasa, ke Queensmall dan sekitar Pulau Pinang dan dalam masa yang sama boleh menyiapkan presentation dan kerja dalam masa yang singkat tapi mantap. Gila siot..!!

~Apa juga hendak dibingungkan sedangkan segalanya sudah ternyata terbaik sudah dalam hidup ini. Subhanallah.. dan jangan sesekali dengan sewenangnya memakan sesuatu yang tidak halal bagi kita. Ponteng atau mengular dalam bekerja. Sedangkan Allah meletakan sikap orang ini seperti orang munafik, kategorinya, "apabila berjanji dia tidak menunaikannya". Tapi sememangnya, bila kita makan duit yang tak halal, maka seluruh hidup kita akan menjadi tak tentu hala. Kadang-kadang, kita merasakan ktia benar, tapi hakikatnya, kita sedang berdusta kepada diri sendiri. Membahagi masa adalah lebih penting, buat yang betul, tinggalkan yang salah. Buat yang terbaik dalam hidup, jangan sekadar makan gaji buta.

~Ketandusan idea.. ketandusan idea.. ketandusan idea. Sekarang berada di Parit Penyengat.. Bercuti sehari dua. Esok akan kembali ke USM. TEringat gambar ini, banyak kerja lagi yang belum siap.. Kalaulah ktia hidup zaman Jepun, mesti sudah dikerah juga kita untuk membina landasan keretapi maut ini.

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails