~Deraian airmata mengalir di pipi seorang anak, ibu, bapa, saudara bila melihat insan yang tersayang gugur syahid di mamah peluru yang dimuntahkan dari Rifle Yahudi yang dilaknati Allah sepanjang zaman. Begitu murahnya nyawa seorang kanak-kanak di mata mereka yang terlalu fanatik dan gila!. Masakan dunia tidak memandang kepada kekejaman Israel ini??? Di mana dunia pada ketika ini??? Di mana si Barrack Obama yang 'cintakan kedamaian'? Ya di mana? Di saat ini, kedaulatan negara Palestine telah dibobrok oleh askar Yahudi laknatullah. Segenap isi rumah dibom dan dimusnahkan tanpa belas kasihan. Tangisan anak-anak kecil tidak memberikan kesan kepada hati askar Yahudi yang memang sudah keras bak batu. Dunia hanya memandang isu Palestine dengan pandangan yang tiada ertinya. Semua mendakap dada, mencebik bibir malah mengutuk serangan Hamas ke atas Israel. Umpamanya seperti melepas batuk ditepi tangga.
~Apalah salahnya si anak kecil ini, dibunuh tanpa belas kasihan.. Kita hanya mampu melepaskan deraian airmata sedih, namun mampukah kita bersabar seperti saudara-saudara kita di Palestine?? Mampukah kita menghadapi semua ini jika ianya berlaku pada kita?? Pada amsa itu, kita akan pantas menyalah insan lain di atas segala yang kita hadapi. Malah putus harap kepada Allha, namun tidak bagi mereka yang bergelar "PEJUANG ALLAH" di bumi Palestine..
~Semua menjerit, "di mana keadilan sejagat yang dicanang oleh UN?" Apakah UN sudah kehilangan "kuasanya" oleh tangan-tangan ghaib di dalam dunia kongolomerat? Di mana dia keadilan yang sering menjadi slogan kepada Amerika untuk menyerang dunia-dunia Islam seperti Afghanistan dan Iraq? Di mana dia?? Adakah semuanya mesti auta kerana yang diserang adalah Palestine? Ya Allah..kenapa nyawa si kecil itu yang diragut? Si kecil yang tidak berdosa... Mengapa kezaliman ini tidak dihentikan? Mengapa terus nyawa saudara-saudaraku terus diragut tanpa belas kasihan?
~Saban hari saudara-saudara seIslam kita merintih kepada Allah, supaya diperkuatkan keimanan dan diperkuatkan hati untuk terus berjuang di jalan Allah.. Berjuang dengan mengharapkan syahid. Lantaran janji Allah syahid itu adalah SYURGA. Saban hari ibu seorang pejuang berasa bangga dengan kesyahidan anaknya. Bukan meratap kematian anaknya, sebaliknya senyum kerana yakin kepada janji-janji Allah untuk anaknya.
~Adakah ini yang dikatakan keadilan dalam konteks pandangan DEMOKRASI ciptaan manusia? Tiada adilnya manusia kecuali Allah jua!! Saudaraku sekalin, mengapa tidak kita bangkit dari kerusi dunia yang kita duduki ini.. bangkitlah dari kelalaian yang sedang kita lakukan pada masa ini.. Bangkitlah dengan memberikan DOA kepada saudara-saudara kita di Bumi Palestine. Bantulah mereka dengan DOA kita. Janji Allah pasti bagi mereka yang mempercayainya.. ayuh umat Muhammad..bangkitlah dalam kelalaian kita. bantulah mereka di sana demi satu keazaman.. mencintai Allah dan RasulNya!!!
~Mari beri bantuan kepada mereka melalui Aman Palestin dengan menyumbang sedikit untuk bantuan kepada anak-anak Islam di sana, taip PALESTIN [jarak]