Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dirahmati Allah taala..
~1433 Hijrah telah meninggalkan kita dengan penuh kisah yang telah menjadi sejarah dalam hidup kita. Namun, kita tidak menulis sejarah kehidupan kita sendiri dalam bentuk catatan yang boleh dilihat pada masa akan datang. Seperti yang telah dikatakan oleh Lepold van Ranke, "seperti sebenanrnya yang berlaku", pencatatan pensejarahan hidup bakal memberikan inspirasi kepada generasi kita untuk menghayati kehidupan pada zaman ini.
~Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke tiga buatku dan isteri yang tercinta ~Puan Dayang Khalizah Binti Awang Batu, yang telah terjadi pada 2 Muharram 1430 H.. Alhamdulillah.. 3 tahun sudah melayari bahtera perkahwinan yang penuh dengan badai yang tidak bertepi. Jika mencintai manusia kerana nafsu, maka pulangannya hanyalah nafsu. namun jika kita mencintai kerana Allah, dan HALAL disisiNya, maka kita telah mengikuti sunnah yang telah ditetapkan oleh Allah melalui lidah RasulNya yang mulia \.
~Hidayah sedang mengetuk pintu hati ini.. Allah sedang menegur aku dalam kasih sayangNya yang tidak bertepi. sayup-sayup kedengaran lagu "Sesekali diuji" oleh "Nice" di corong telinga.. Mencari arah dan jalan untuk mengerti erti teguran ini. Sayu dan pilu... Allah..
~Selama di USM, banyak pekara yang aku belajar dan lalui bersama sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Bagaimana hendak mencari persahabatan tanpa melalui satu ukhuwwah fillah yang dirahmati Allah. Semoga ukhuwwah yang terbentuk sepanjang keberadaan di USM ini, dapat membangkitkan lagi semangat kita untuk menaburkan bakti kepada anak bangsa di sekolah masing-masing.
~Kerja kursus diselangi dengan kerja pejabat yang tiada berkesudahan.. Menyebabkan aku "lesu" dan hilang tumpuan kepada tujuan hidup aku sekarang. Diberikan ujian dari Allah, diberikan tidak tenang pada ketika ini memberikan aku satu situasi, di mana aku kehilangan tumpuan dalam segala pekerjaan. Lalu aku bangkit, menyucikan diri dan bermunajat kepada Allah, dengan harapan diberikan ketenangan yang abadi. Andainya ini adalah solat terakhirku..maka terimakanlah amalan ku pada tahun ini...
~Dengan niat yang semakin kuat, untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah, keluarga dan masyarakat muslim di sekeliling, menjadikan bebanan di dada semakin terasa. Ingin sekali aku buang jauh-jauh rasa tidak sanggup ini, namun aku terus memikul amanah Allah dengan rasa bertanggungjawab. Malu terasa jika aku ditanya di Yaumul Mahsyar, "kenapa tidak sanggup menanggung bebanan itu, sedangkan Bilal Bin Rabbah r.a boleh menanggung siksaan berupa batu besar menghempap di dada pada ketika panas terik di tengah-tengah padang pasir?" Allahu Allah.. Begitu beratnya "rasa" itu ketika ianya melintas di benak fikiran.
~Aku tidak sama sekali berundur untuk melakukan kebaikan. Dan andainya begitulah ujian yang bakal aku lalui, aku cuma mengharapkan Allah sahajalah.. seperti firmanya, "jika sudah bertekad, maka bertawakallah kepada Allah". Aku akan harungi semuanya walaupun ku tahu sukarnya jalan yang aku pilih ini. Mujahadah itu amatlah pahit, kerana syurga itu manis. Dan yakinlah, disebalik semua cubaan, tersimpan satu hikmah yang Allah sembunyi untuk mereka yang berjuang untuk agama.... Indahnya madah ini jika kita menghayatinya.
~Nukilanku ini hanyalah satu ungkapan rasa yang tidak mampu ku tanggung bersendirian. Namun, aku cuma ada Allah dalam hiduoku sebagai tempatku bergantung..Moga dengan kebergantungan ini akan menguatkan lagi jihad ku dijalan Allah.
~~Selamat berPITOS kepada rakan-rakan PITO sekalian. Semoga Allah merahmati ukhuwwah yang terbina ini.... Dengan izinNya juga..
Cari Blog Ini
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...