Rabu, 6 Mac 2013

Antara REALTI dan FANTASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah

~Takziah kita ucapkan kepada wira negara kita yang telah terkorban di dalam insiden pengganas di Lahad Datu Sabah. Sedekahkan al-Fatihah kepada mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan semoga roh mereka bersemadi dengan aman di alam sana.

~Semua nak post dalam FB berkaitan dengan "Kesultanan Sulu". Masing-masing mengaku merupakan jurai atau untaian kekeluargaan dengan "Kesultanan Sulu". Sehingga nak baca pun tak habis dengan temberang yang sama sekali tidak bukti yang benar lagi berasas berkaitan dengan keturunan "Kesultanan Sulu". Akhir kalam.. biarlah mereka dengan istilah kesultanan mereka. 

~Ternyata kehidupan ini banyak dihimpit oleh kesempitan masa yang dan isu-isu dalam yang bergentayangan dan berlegar dan kehidupan. ANTARA REALITI DAN FANTASI. Antara KEBODOHAN DAN KEJUJURAN. Semuanya sentiasa bermain di minda. Membahagikan masa di antara kedudukan-kedudukan yang telah termaktub menjadi amanah seperti, seorang GURU, seorang BAPA, seorang SUAMI, seorang ANAK, seorang DAI... membuatkan aku sukar untuk memberikan fokus yang terbaik untuk menjadi hamba Allah. 

~Antara REALITI dan FANTASI. Mampukah kita hendak menunaikan janji seandainya pekara sebenar bagaikan tersembunyi dilautan kebohongan? Bagaimana hendak memberikan hati sedangkan hati ini sebenarnya masih kotor dan jelek lantaran ketidaktentuan dalam kehidupan. [ayat mencarut membuktikan hati ini tidak ketentuan]

~Hidup dan berpeganglah di dunia yang nyata. Biarkan fantasi berada diluar kenyataan. Hidup biarlah berbudi bagaikan sebatang pokok kelapa. Berbudi dari akar hingga ke buahnya kepada manusia. Dan janganlah hidup seperti pohon semalu. Tumbuh megah dengan berduri. Tapi, perbuatannya sungguh menyakitkan hati. Meluka sana sini. Tumbuh melata bagaikan tiada seri. Tapi, bila dipegang.. menguncup diri. 

~Ah.. sukarnya untuk hidup menegak syiar Islam dalam keadaan yang kadang-kadang sering bersalah sangka. Hidup penuh dengan perasaan hasad, tidak terperi dengan semua benci. Biarlah semuanya bagaikan mendongak ke langit, meludah lalu jatuh ke muka sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails