Jumaat, 26 April 2013

Allah Ada Untuk Aku, Kau dan Dia : SalaM JuMaaT

أسلام عليكم 

Semoga Allah memberikan kita kebaikan dunia dan akhirat.. Semoga dengannya, hati kembali dengan lebih akrab lagi dengan tautan kasih kepada Allah s.w.t.

~Last friday in the month. Ditambah lagi dengan minggu gaji. Maka, dengan rasminya banyak yang akan keluar ke pekan untuk membeli barangan keperluan dan mengisi kekosongan hati yang lara yang ebrjuahan dengan keluarga. Namun, jangan dilupa, esok adalah cuti berganti kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia yang telah mengambil cuti tahun baru Cina 2013 yang lepas. Jangan liat pulak nak ganti. Dah cuti, bayarlah balik. Jangan pula dijadikan alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ibu bapa pun terikat sekali dengan kehadiran anak-anak mereka. Apatah lagi kita. Sama sahaja.

~ Minggu depan akan berhadapan dengan minggu pengudian. So, undilah dengan baik. Kepada guru-guru yang yang bertugas semasa pilihanraya, berkhidmatlah dengan jujur dan ikhlaskanlah untuk membantu negara. 

~Kalau kita berharap kepada manusia, maka Allah akan serahkan nasib kita kepada manusia. Kalau kita berharap kepada Allah, maka Allah akan bantu kita. Bantuan Allah ada banyak cara. Kadang-kadang kita tidak terfikir hikmah yang tersembunyi dibalik semua dugaan. Sebab itu, islam menganjur, jika menerima berita yang tidak berapa menyeronokan, ucaplah, "Alhamdulillahi ala kulli hal". Dengan itu, kita berasa syukur dalam masa yang sama kita redha dengan ketentuan Allah. 

~Agak goyah juga kalau kita sendiri yang berhadapan dengan ujian getir dari Allah. Kadang-kadang, kita tidak perasaan bahawa Allah dan hadirkan bantuan dengan secara tidak langsung. Kehadiran isteri yang solehah, anak yang soleh, sedikit sebanyak mengubat duka dan lara di hati. Kehadiran meraka bukanlah mudah hendak diketahui. Sebab itu kata pepatah arab, " Wanita adalah perhiasan dunia, sebaik-baik@ semahal-mahal perhiasan itu adalah wanita solehah". So, bersyukurlah dengan ketentuan Allah.


~Nak kata sedih sangat, taklah jugak. Tapi, kalau difikir timbang-balik, memanglah ada tercalit perasaan "kurang senang". Namun, kalau kita dah serahkan urusan kita kepada Allah, (setelah berusaha), kita kembalilah ke tikar sembahyang.. Mohon dan merayu kepadaNya untuk diberikan kemudahan. Tak adalah kecewa sangat bila sudah "meluahkan" kepada Rabbul Izzah. (Tuhan yang memiliki hati). 

Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmulah kesudahan (segala perkara)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.

 (Surah An-Najm 42 - 44)

~Renungan buat kita. Kalau kita bersedih dengan dunia, maka kita telah tewas dengan permainan dan fitnah dunia. Semalam ada di postkan berkaitan dengan "BERJUANG". So, dalam berjuang pasti ada halangan yang perlu kita tempuhi. Biarpun sukar dan payah, kita harus tempuhi dengan KPI matlamat kita adalah mendapatkan keampunan. Ulama berkata, "neraka dipagari oleh keseronokan dunia, syurga di pagari dengan dugaan dan kesusahan". Ada pula ahli sufi berkata, "mencintai Allah beerti memilih jalan untuk derita di dunia".

~Biarlah kita berusaha untuk membahagiakan orang lain. Semoga Allah berikan kita kebaikan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Selamat menunaikan fardu Jumaat. Kuatkan hati, teguhkan Iman. Senyum menuju mardhotillah.

~Aku terbuang di dunia, namun aku harap aku tidak terbuang di akhirat~

1 ulasan:

  1. ujian Allah kadang kita sangat berat. tapi beruntung kerana dalam diuji kita masih mampu untuk ingat dengan Allah, tanda Allah sangat sayang dan ingin mungkin diri dipilih untuk menjadi cintaNya. teruskan mujahid dan tawakal pada Allah, insyaAllah kemanisanNya pasti terasa biarpun lambat hajat dipenuhi.

    BalasPadam

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails