Cari Blog Ini

Isnin, 29 April 2013

Pesanan Dari Hati Kepada Diri nya..

أسلام عليكم 

~Nasihat ikhlas dari seorang abang kepada seorang adik. Dari seorang muslim. Bukan kerana balas dendam atau benci. Bukan kerana sakit hati atau seumpamanya. Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan peringatan kepada mereka yang ingin beringat. Semoga dirinya membaca titipan pesanan ini.. Aku mendoakan dirimu dirahmati Allah senantiasa. Aku juga mendoakan, bahagia lahir jika engkau benar-benar menghayati taubatmu...


~Carilah Allah dalam hati. Allah sentiasa bersama dengan kita sehinggakan sewaktu kita tidur Allah akan jaga kita. Carilah bahagia dalam cinta Allah. Kerana bahagia bukan diukur dengan kemewahan dunia, banyak anak, banyak harta, dan segalanya. Bahagia diukur dengan betapa kuatnya kita menghadapi dugaan dari Allah. Kesabaran menjadi sandaran kepada keutuhan iman.

~Carilah pasangan yang boleh membawa kita ke jalan yang benar. Jangan sekadar mencari pasangan yang "hensom", kaya. Namun miskin pada akhlak. Jangan cari cinta yang tidak kekal. Carilah cinta yang abadi. Cinta abadi sukar didapati, melainkan "melemparkan" diri ke jalan yang beronak dan duri. Carilah pasangan yang memimpin kita menelusuri jalan yang berduri dengan penuh rasa keimanan. Bukannya mencari insan yang hanya mempergunakan kita semata-mata.

~Jangan dikumpul harta dunia sehingga terlalu sayang akannya. Diperhiasi sehingga lalai bahawa ini adalah pinjaman Allah semata-mata. Rumah, kereta bukan harta yang boleh dibawa ke alam "SANA". Hanya amalan dan anak yang soleh/solehah sahaja yang boleh memberikan kita manfaat dikemudian hari.

~Jagalah maruah peribadi seolah-olah menyimpan segunung emas di dalam saku yang kecil. Jangan mempermudahkan urusan menjatuhkan maruah diri. Jangan dihampiri zina apatah lagi melakukan zina. Zina hanya mencampakkan diri ke lembah kemusnahan. Untuk kembali ke atasnya,pasti payah. Sekali sudah terjatuh, selama-lamanya hati terasa hina.

~Carilah Imam bukannya penyamun. Imam akan membimbing makmum ke jalan yang diredhai Allah. Penyamun hanya mencuri hati, namu, sama sekali tidak akan membimbing hati kita ke jalan yang diredhai.

~Bangunkanlah hati dengan qiamulalil. Penjarakanlah nafsu dengan puasa. Basahkanlah lidah dengan zikrullah. Terangi kepekatan duniawi dengan kalimah cinta Allah.. al Quran al KArim. berusahalah untuk memahami bahasa al-Quran. Kerana itu adalah bahasa syurga.

~Latihlah diri untuk menerima teguran. Latihlah jiwa untuk bermujahadah. Dan sebaik-baiknya, bergaul lah dengan ulama. Dan jangan mudah merasa diri adalah yang terbaik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...