Cari Blog Ini

Jumaat, 28 Jun 2013

Jazakallah.. Tahniah kepada mereka yang berjaya menghembus eg-tukar

أسلام عليكم 


~Allahuakbar.. laungan takbir bergema bila sahaja keputusan perpindahan diumumkan dalam eg-tukar. Semuanya bergembira dan bersyukur kerana berjaya untuk berpindah pada kali ini. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekali alam kerana dengan izinNya, maka saudara-saudari guru-guru sekali telah mendapat nikmat untuk meneruskan perjuangan di kampung halaman. Sejenak.. hampir semua terlupa akan keperitan setelah diberi nikmat. Semuanya menjadi kenangan bila mana keputusan berjaya diperolehi. Hilang sudah sumpah seranah, caci maki dan doa-doa keburukan kepada pegawai-pegawai di semua bahagian. Hehe.. semua sudah lupa untuk mengucap satu perkataan, TERIMA KASIH. 


~Tahniahlah diucapkan kepada yang berjaya. Yang kurang berjaya, diharap untuk mencuba sekali lagi. Rezeki Allah Maha Luas. Kepada siapa hendak kita lontarkan segala keresahan jika bukan dengan Dia? Semuanya tertakluk kepada takdir Allah jua. Berat atau tidak, Allah tahu apa kemampuan kita. Rite?

~Anyway, syukurlah dengan segala nikmat. Tinggallah meraka yang tertinggal lagi untuk meneruskan usaha untuk berpindah. Insya Allah. rezeki Allah akan ada untuk mereka yang bersabar

2 ulasan:

  1. Sy akan tggu lg hujung thn ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ustazah,

      Saya sudah pun menyusul guru-guru berpindah ini. Hehe.. saya akan bertukar ke Kuching minggu hadapan. Insya Allah

      Padam

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...