Cari Blog Ini

Isnin, 17 Disember 2018

KEMBALI PULIH BANGSAKUU..


أسلام عليكم 

~Kalau bab silat kau ajak aku berbicara, aku hanya mampu senyum dan ketawa. Dah lebih kurang setengah dari umur aku aku dambakan diri di dalam arena persilatan. Bukan sekadar bersilat di dalam gelanggang, bersilat politik pun dah aku tempuh. Macam-macam pe'el manusia di dalam persilatan ini.

~Yang baik itu. tetaplah baik. Yang busuk hati, walau sekali mana pun nak buat baik, pasti busuk hati itu dapat dihidu dari jauh lagi. Orang yang busuk hati ini, umpama orang yang selalu mencipta perumpaan baharu, namun tetap juga di pemilik hati yang busuk ini boleh menawan hati penyokong yang taksub.

~Kadang-kadang aku hairan, mengapa orang suka sangat nak taksub kepada keturunan bukannya kepada ilmu yang terbukti betul sanadnya. (Lepas ni mulalah komen "busuk" bakal aku terima). Kenapa kita suka menjadi hakim dan tidak bersikap tabayyun?

~Sendiri mau ingat, kita manusia. Tak lepas dari melakukan kesilapan. Andai tersalah, kita tegur, Bukannya menghindar. Tegur dua tiga kali tak makan saman, kita lawanlah. Tapi lawanlah cara yang terbaik tanpa memecah belahkan perpaduan ummah.

~Bab silat ini nak jadikan hal, hasad dengki itu memang pekara biasa bagi mereka bergelar PENDEKAR ni. Kadang-kadang aku gelak sendiri, jiwa besar, otot kekar, pelajaran berkoyan-koyan, berguru pulak dengan lagenda, tapi bila bab penyatuan, kepala kau paling besar rabak. Tak bolehkah beri peluang untuk dengar pandangan orang? Asyik-asyik nak timbul salah orang. Salah diri sendiri ada kenang-kenangkan?

~Orang macam ni, dia selalu peringatkan, "MATI ITU SANGAT DEKAT". Tapi, tak pernah nak menyatukan silaturahim. Asyik kata aku yang benar. Dah mati nanti, ingat boleh terselamat dari fitnah kubur?

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia memuliakan tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maha hendaklah ia menyambung hubungan silaturahmi.” (HR.Bukhari)

 Baik kita jadi orang yang menyatu. Bukannya orang yang jadi batu api. Api dalam sekam. Musuh dalam selimut.






~Ni baru bab hasad dengki. Belum lagi bab "TIN KOSONG". Mula berkenal, mulalah tunjuk kita pendekar tarbus. Bab ni, memang banyak dah aku ketemu. Belum apa-apa dah mengaku bagai. Alahai.. Sedih aku melihat orang kita ni. Bilalah nak habis angan-angan tinggi menggunung?

~Bab kutuk orang ni, pendekar-pendekar inilah yang paling hebat. Faham tak bahawa hidup ini umpama roda? Ada masanya kita pasti akan jatuh menjunam ke bawah. Masa ini, barulah kita kenal siapa kawan siapa lawan.

~Namun, aku tetap kagum sebilangan guru yang sentiasa mendidik anak-anak didiknya dengan adab. Adab yang paling utama adalah beradab dengan Allah. Masih ada lagi guru-guru ini menerapkan Allah sebagai Rabbul Izzah. Tuhan yang memiliki hati mereka. Tapi, biasanya, pelajar di bawah guru-guru sebegini tak ramai bilangannya. Yang ramai, guru-guru yang suka menabur kebencian. Allahu..

~Ni tak masuk, murid-murid yang lupa daratan....derhaka tanpa diduga katanya.. Kesian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...