Cari Blog Ini

Isnin, 17 Disember 2018

POLIGAMI 2018 (PESAN UNTUK YANG HENDAK BERPOLIGAMI)

أسلام عليكم 

~Ramai terkejut dan mula bertanya soalan-soalan nakal bila mengetahui aku seorang lelaki yang telah beristeri dua, dan duduk serumah seolah-olah semuanya biasa-biasa aja. Belum lagi yang berniat nak belajar berpoligami. Nakal dan kadang-kadang soalan ini mereka yang bertanya ini agak celupar, tapi hakikatnya, di dalam hati mereka, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

~Pokok pangkal dalam poligami, semuanya mesti LILLAHITAALA. Kalau niat untuk nafsu, memang sukarlah nak mengharungi lautan POLIGAMI ini. Kedua, hendaklah JUJUR. Ini elemen yang pastinya sukar hendak dilakukan kerana kita ini lelaki yang sentiasa hendak kekalkan yang sedia ada. Tapi, hendakkan yang lain. Faham tak? Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut dapat, terpung tak berselerakkan. Tapi, itu budaya orang tamak haloba. Nanti, yang dikejar tak dapat, yang dipikul berciciran. Jujurlah dengan pasangan.

~KEtiga, pesannya.. haruslah bersabar. Biasakan untuk bersabar dan bawa berbincang. Sebaik-baiknya, tunjukklah bahawa kita mampu menjadi IMAM. Yang ini kena balik kepada nasihat no.1 tadi. Jangan lupa, kita hendaklah serahkan segala-galanya kepada Allah. Perbincnagan yang baik akan membawa kepada hasil yang baik. Sabar dan terus berdoa. Sebab kalau kita pergi kepada nasihat yang keempat.. sudah pastinya kita akan tepuk dahi dan terduduk.

~Nasihat #4 ini, ini yang sadis. Semuanya adalah ketentuan Allah. Jika benar kita akan berpoligami, sekuat mana hendak ditentang atau sekuat mana hendak dicari jodoh kedua ini, sudah pastinya kalau sudah termaktub di Lauh Mahfuz kita beristeri 2 atau lebih, maka itulah jodoh kita.

~Bab poligami ini, hendaklah dibicarakan dengan harmoni. Bab ni, semua lelaki suka bagai. (Tak semualah). Tapi, jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk mencari yang lain kerana ingatlah, yang pertama itu sangat berharga ketika dia rela memberi hatinya kepada kamu ketika hari kamu pertama kali diijabkabulkan.

~Yang kedua pun bukan calang-calang hebatnya. Kedua-dua belajar berkongsi untuk mencari redha Allah. Dan andainya polgami ini bukan kerana Allah, sudah pasti kita (lelaki) akan diperhitungkan dengan balasan yang setimpal sejurus sahaja bermula kehidupan yang paling abadi.

~Kesan yang lain, jagalah anak-anak kita. Didiklah dengan sebaik-baik didikan. jadikan meraka berkasih sayang dengan ibu-ibu tiri mereka. Ajar mereka untuk sayangi adik-adik mereka yang berlainan ibu. Jangan timbulkan jurang yang boleh menyebabkan anak-anak tersisih. Adil.

~Bab Adil pun perhatikan jugak, Kalau bab ini, tinggi menggunung, tebal urat tengkuk wanita-wanita di luar dalam mempertahankan monogami. Adil ini bukan kira matematik bahagi sama rata. Adil dalam islam adalah meletakkan sesuatu di tempat yang betul. Kalau tak tahu, confirm waktu ustaz/ustazah mengajar bab Adil korang tak fokus pun.

~Bab poligami ini, bab sensitif. Jaga hati isteri kamu dalam berbicara bab ini. hati wanita sangat lembut. Tapi, bisa jadi benteng yang kukuh dari asakan musuh yang bertalu-talu. Pesanan aku yang terakhir, jangan gopoh gapah dalam isu ini. Kaji, selidik dan isthikarah dalam mendapatkan jawapan. Kadang-kadang, berdua lebih baik dari bertiga. Namun, Bertiga dan seterusnya adalah ANUGERAH ALLAH dan REZEKI yang kita sendiri TIDAK MAMPU untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...