أسلام عليكم
~Ku padamkan entri yang telah aku coretkan hampir sejam tadi. Entalah, mungkin ingin menjaga banyak hati, aku kurang menulis. Aku merasakan aku perlu menulis untuk meluahkan apa yang tersirat di hati. Dulu, aku suka menulis untuk mengungkap perasaan di dalam hati. Penulisan sebegini membantu aku untuk terus terus istiqamah dalam perjuangan. Muzik berunsur dakwah mampu menembus dalam hati, membantu aku untuk mentarbiyah hati. Membantu aku untuk bangun malam, pasrah akan dosa yang menggunung. Sangat aku rindui saat itu. Cinta hati, rindu dendam.. semua ku luahkan atas sejadah. Penulisan membantu aku mengembangkan idea jalan hidup, memilih jalan untuk aku tempuhi. Ketika hendak berpoligami, pun aku menulis kepada kedua-dua bidadariku. Kerana, kadang-kadang, suara aku tidak vokal. Maka, maka pena aku sangat kritis.
~Aku suka menulis. Ianya menggambarkan hati kita. Bagaimana pemikiran kita akan dibaca oleh semua yang berada hampir dengan kita. Menulis dalam media sosial lain, dibaca dan dikomen. Dibaca oleh orang yang tidak berada dalam lingkungan yang sepatutnya. Maka, banyak prasangka akan terjadi. Tohmahan menyusul. Dengan penulisan dulu, aku jawap semua tuduhan ke atas aku.
~Aku sumberkan info untuk tujuan dakwah. Membantu kawan-kawan di luar. Namun, penulisan bukanlah menjadi satu kepentingan pada masa akan datang. Orang diluar suka benda yang cepat, pantas- seiiring dengan peredaran zaman. Apalagi yang hendak aku kongsikan kepada manusia? Supaya bila masanya aku sudah tiada, sekurang-kurangnya ilmu aku terus dikenang dan diamal. Biar kematian kita bermakna. Membantu perjalanan kita disebelah sana.
~Aku ingin lebih vokal dalam membantu. Tapi, apa kan daya. Aku cuma watak sampingan dalam pentas lakonan dunia. KAdang-kadang ada, kadang-kdang hampir tidak dikenali. Seringkali ingin aku kembali ke zaman dahulu. Zaman persekolahan. Zaman di mana, kita tidak langsung memikirkan kehidupan. Hidup kita nya berbaju putih seluar hijau. Berjumpa dan lepak dengan kawan. Bila sudah dewasa, betapa kita menyesal mensia-siakan zaman remaja.
~Menulis bila mengenangkan kedudukan dalam organisasi, kadang-kadang boleh melenyapkan semua kreativiti kerana banyak jiwa yang ingin aku jaga. Kadang-kadang lisan pun tak terjaga. Inikan pula penulisan.
~Ku tuliskan ini, agar kau membacanya. Betapa aku bahagia bersama kalian. Tak terzahir dengan kata-kata. Hanya tulisan ini sebagai ingatan. Jika, aku sudah tiada nanti, bacalah untuk lempiaskan rindu yang bakal tidak berbalas.
~Ku tuliskan kata-kata ini untuk dikenang, sebaik mengenang, sedekahkanlah al-fatihah sebagai ingat-ingatan. Moga sampai jua sebagai peneman.
~Biarlah masa terus berlalu. Didiklah anak sesuai dengan ketetapan syariat. Ajari mereka jadi insan yang hebat. Kerana anak yang soleh, boleh bantu kita di sana.
~Aku ada satu hati, dan tidak pernah aku kesali untuk dikongsi. Malah, seluruh jemaah kita ku kongsikan hati ku ini.
~semoga bersua di surga...
_catatan_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan