أسلام عليكم
~Pernah anda rasa dibuang dan terbuang? Sudah semestinya pernah. Itu lumrah dalam kehidupan manusia yang mana mengikut pepatah Melayu, "Dunia diibaratkan roda, adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita akan berada di bawah". Bukan itu yang aku ingin sampaikan pada kali ini. Sesungguhnya, menahan sakit di dalam hati itu ibarat "bom jangka waktu" yang berdetik silih berganti menanti untuk meletup pada bila-bila masa.
~Kadang kala kita lupa, semuanya itu adalah ujian Allah kepada kita. Ujian ini berbentuk "teguran" supaya kita tidak riak, sentiasa tawadhu dan sentiasa meletakkan semua urusan kita pada Allah. Kita seharusnya lebih peka dan sensitif bila mana teguran ini berlaku. Kita harus terus kembali dengan segera supaya tidak terbabas yang boleh melukakan hati dan menjadi lara. Teguhkan kembali kekuatan yang tersisa. Jangan biarkan hasutan merobek iman kita. Kerana, pada saat-saat ini, manusia cenderung untuk melakukan pekara yang terbodoh dalam hidupnya.
~Sedih jugaklah kalau nak dikatakan. Sedih sebab kita berusaha dengan gigih, tanpa mengenal penat lelah, namun, ada jugak emosi yang diletakkan pada usaha kita. Adui.. kita dah buat terbaik untuk ummah, namun perasaan hasad dengki itu melebihi dari pertolongan yang kita hulurkan. Emosi, emosi, emosi. Biarlah.. saat ini kau terbang bebas, bila kau penat kau pasti hinggap melepas lelah.
~Andainya ini penghujungnya, maka aku redha dan semoga dosa-dosa aku diampunkan. Lillahi, aku hanya Muhammad Khawar Hezazy. Sejauh mana bergerak kehadapan, adakalanya aku akan terjatuh juga. Dan pada saat itu nanti, tiada lain yang aku harapkan melainkan Allah jua.
~Rileks, cool, tenang, berzikirlah. Mungkin pada masa ini, pilihan yang terbaik adalah untuk kekal istiqamah dalam setiap perbuatan kita. Jangan mengalah kepada situasi. Bergerak terus ke hadapan tanpa menoleh torehan kekecewaan.
~Pesan untuk diriku, teruskan berjuang walaupun terbuang. Kerana ada ramai lagi insan dahagakan ilmu ini. Sebarkan mahabbah seluas yang boleh.
~Kekal istiqamah dan terus berjalan ke hadapan. Bak kata, adik, "Fokus kerja". Ya.. kita harus fokus kepada penjanaan ummah yang gemilang.
~Akan aku usahakan lagi sehingga ke titisan darah aku. Insya Allah, perjuangan kita belum selesai.
~Kadang-kadang kita tidak bijak mengawal emosi. Terlepas , terkhilaf, memang segera kita akan ketahui. Dirasakan biasa-biasa, rupanya orang lagi luarbiasa mentafsir gerak geri. Maaflah, kalau ada kata-kata buat diri ini kurang digemari. Maaf tidak terkata. Maaf untuk semua.
~Kuatkan hati.. tabahkanlah..Jum ikhlas dengan melupakan kesalahan orang pada kita. Jum ikhlaskan hati dan jangan banyak bersadu kepada manusia.
p/s: Jum hadir di hadapan Allah untuk tahajud.. Biarlah Allah sahaja mendengar rintihan kita. Semoga dengannya, hati menemui ketenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan