#kembangkuncup
1. Melalui minggu-minggu pertama dalam pekerjaan. Minggu ini minggu yang agak MENCABAR. Bukan setakat mencabar mental, malah mencabar NALURI sebagai manusia.
2. Cuba bayangkan, satu unit ditubuhkan untuk mengawal-selia jawatankuasa, disegani, dihormati oleh semua, tiba-tiba DILUNYAIKAN dalam sesaat atas alasan yang paling tidak logik.
3. Ketua dalam unit dimalukan dengan dilucutkan semua jawatan dan segala peranan di institusi bagaikan di TIADA kan. Bahkan, hampir sahaja tiada terus peranan lantaran kebencian dari seorang KETUA/JENERAL. Di mana tahap profesionalisme ketika membuat keputusan?
4. Membuat keputusan pada ketika tidak waras seolah-oleh meletakkan tengkuk di bilah pedang untuk dipancung.
5. Penghinaan dikenakan ke atas "mereka-mereka" ini bagaikan tidak menghargai jasa dan sumbangan yang dicurahkan kepada sekolah sebelum era pemerintahan kuku besi Jeneral Sipi-sipi. Hanya melihat jasa Si Kitul sahaja, yang bermuka-muka depan Jeneral, tapi belakang kerja sepatutnya dibuat Kitul, tapi diberi tugasannya kepada orang lain. Bak kata pepatah, "lembu punya susu, sapi dapat nama".
6. Si kitul dan kuncu ini sentiasa mencari kesalahan orang lain untuk dijadikan alasan untuk bermuka-muka dengan Jeneral Sipi-sipi. Wow.. nak dikatakan cerita, "mengadu domba" itu adalah permainan mereka.
7. Agaknya, puas sudah hati mereka boleh MERANAP satu ENTITI yang banyak mendukung SISTEM PERSONAFIKASI dan ALAT PERPADUAN. Anggapan mereka boleh mengurus tanpa dokongan ENTITI yang ternyata disukai ramai walau hakikat menggerunkan.
8. Dari jauh, macam TERSENYUM kerana puas dapat mengalahkan musuh setelah sekian lama berseteru. Mungkin Kitul merasakan, kebahagiaan dengan menjadi pengadu domba. Walhal, dalam satu-satu organisasi, perlu adanya CHECK & BALANCE.
9. Kalau ditanya "sukaramai" jelata, rata-rata bila bersua dan berbicara, tiada terasa NAFSU BERBICARA melainkan untuk habiskan sahaja bual bicara kerana bosan dan tiada beretika. Katanya, Kitul selesaikan masalah, hakikatnya, Kitul hanya duduk bercanda, menatap Kotak Muzik, tanpa sedar mata-mata memandang.
10. Mengapa orang-orang seperti Kitul wujud dalam organisasi? Sebabnya tidak lain, hanya mahukan perhatian untuk jadi orang PENTING dalam pentadbiran. Hakikatnya, kerja pun, HAMPEH bagaikan HAMPAS seumpama melihat CERMIN DUSTA.
11. Kau tafsirlah sebagaimana pun, tiada cerita benar dan tiada cerita yang dusta. Sini kita hanya meluah rasa kerana benarlah perumpaan itu berbicara, "OTAK TIDAK SEBESAR MULUT". Tangan mengetuk papan kekunci lebih nikmat dari melihat Kitul dan kuncu-kuncu.
12. Bila berbicara tentang agama, kumpul Munafik pula muncul. Sedar tidak sedar selalu menghina. Orang-orang tepian, gelak senada, kerana anggap bahagia bila ada orang lain bukan seagama boleh fasih berbicara bahasa Kalamullah. Aku tidak betah dan muak dengan propaganda, kononnya kau tau segala-galanya dengan hanya ungkapan suci yang dipersenda.
13. Kitul, Khawarij.. tunggulah pada masanya, sebab dunia berputar bagaikan roda. Peringatan ini perlu diselak kembali bila mana aku sendiri sudah berada di atas kelak. Supaya aku tidak lupa daratan dan pernah diperlakukan sedemikian rupa.
14. Kau sampaikan, kau screenshot, kau buatlah apa, yang pasti - satu pun tidak kena pada hasil tangkapan. Kau hanya terkena omong kosong, namun siapa yang terasa, jum kita perlanjutkan diri dalam penyerahan kepada Allah dengan mengamalkan SOLAT SUNAT TAUBAT dan TAHAJUD supaya hati kita kian jernih dalam mengharungi kehidupan, tidak meletakkan NAFSU berbicara, namun ingin menjadikan dunia ini baik-baik untuk semua hidup bersama.
15. Teringat dengan cerita Panglima Khalid al-Walid di medan perang, dilucutkan jawatan sebagai Panglima Perang oleh Saidina Umar Al-Khattab ra, digantikan dengan Abu Ubaidah Al Jarrah ra, beliau menerima perlucutan tersebut dengan hati lapang dan tidak sama sekali membenci Amirul Mukminin. Jadikan ianya sebagai pedoman. Supaya kita tidak tersasar dan terbabas di landasan KEBENCIAN.
teruskan menulis cikgu. karya anda memang hebat dan terbaik!!
BalasPadam